Dan kepada peminat Scha ataupun Awal, ada berita baik buat anda semua. Majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria untuk tatapan anda semua. Dan seperti majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry, Astro Ria turut akan menyiarkan episod-episod khas perkahwinan Scha dan Awal.
Untuk makluman, Scha telah pun dirisik oleh Awal kira-kira 6 bulan yang lepas. Dan Awal turut menerangkan bahawa proposal yang dilakukan menerusi rancangan Propaganza baru-baru ini ialah sesuatu yang dia sendiri mahu lakukan buat pihaknya. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak ataupun tidak mengikut adat Melayu.
Satu fakta menarik tentang pasangan ini ialah ketika menghadiri kursus kahwin baru-baru ini, Scha sebenarnya sedang menghidap penyakit demam denggi. Sebaik sahaja tamat kursus kahwin, Scha dimasukkan ke hospital selama seminggu. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha dan Awal. Nantikan gambar sekitar majlis pengumuman perkahwinan mereka berdua sebentar lagi.
sumber : http://beautifulnara.com/
Klik sini untuk berita terkini dan klik liked to support TB
No comments:
Post a Comment