ALOR SETAR - Warden asrama sebuah sekolah agama di Arau, Perlis, 
dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, setelah 
didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar, Saiful Syazani Saiful 
Sopfidee, 7, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya 
berkata, Hanif Mohamad Ali,  28, mengaku bersalah setelah diperintahkan 
membela diri dan mahkamah menerima pengakuan salahnya.
Menurutnya, faktor kepentingan awam perlu dipertimbangkan dalam 
memutuskan hukuman terhadap Hanif, antaranya bentuk kesalahan dan 
kesalahan itu sememangnya kesalahan berat yang boleh membawa kepada 
hukuman penjara maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.
"Hukuman yang dijatuhkan perlu menjadi pengajaran dan peringatan kepada
 sesiapa yang mempunyai kuasa mendisiplinkan pelajar supaya berhati-hati
 dalam melaksanakannya, agar tidak menjadi jenayah, malah seorang 
pendidik perlu banyak bersabar.
"Justeru, setelah mengambil kira semua faktor berkenaan, Hanif 
dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun bermula dari tarikh tangkapan (1 
April 2011)," katanya.
Hanif kelihatan tenang sewaktu mendengar keputusan yang dibacakan, 
namun dilihat menitiskan air mata sewaktu dikerumuni keluarga dan 
rakan-rakannya.
Hanif didakwa melakukan kesalahan itu di bilik warden asrama putera 
Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, antara jam 6 petang dan 12 malam, 31 Mac
 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang 
memperuntukkan hukuman penjara maksima 30 tahun dan denda kerana 
menyebabkan kematian Saiful Syazani.
Saiful Syazani sebelum ini dilaporkan koma selama tiga hari, sebelum 
meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, 3 April 2011, selepas 
dipukul warden itu sewaktu menjalankan siasatan kes kecurian di asrama 
sekolah.
Pendakwaan dijalankan empat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Noordin 
Badaruddin, Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mohthar.
Manakala Hanif diwakili peguam, Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat
 Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri.- sinar harian
MINTA MAAF LAH PENYOKONG PAS , YANG HARAM TETAP HARAM YANG SALAH TETAP SALAH , OSTAT KENA LAH TERIMA HUKUMAN INI KERANA KESALAHAN MEMBUNUH : OSTAT PUN DAH MENGAKU : NIK AZIZ NAK NAFIKAN ATAU ADA CARA LAIN LAGI NAK HALALKAN, TAK YAH LAHHHH....BIAR LAH UNDANG UNDANG YANG MENENTUKAN UNDANG UNDANG TANAH AIR, 
No comments:
Post a Comment