KEHADIRAN Anwar 
Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012)  mudah untuk di fahami 
kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang 
memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran 
Anwar yang diketahui umum agak liberal.
Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak 
azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis 
tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.
Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The
 Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad 
s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.
Antara isi kandungan buku itu ialah;-
1.
 Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar
 oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. 
Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah
 dalam Al-Quran
2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
- AIDC Blog -
Boikot ITC 2012
Tatkala
 Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, 
lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan
 yang mengambil langkah berbeza.
Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan 
tegas & tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan 
langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.
Pendirian
 itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila 
menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal 
menjadi pemimpin diktator.
New Delhi, March 17: Writer Salman Rushdie, the 
author of the controversial "The Satanic Verses", Saturday evening hit 
out at Pakistan politician Imran Khan describing him as a "dictator in 
waiting" at the India Today 2012 conclave in the capital.
- Salman Rushdie, Author of The Stanic Verses -
Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk,
 reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong 
ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan 
Salman Rushdie.
Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu 
menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah 
mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan 
oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku karangannya The
 Satanic Verses.
Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.a.w
Pada
 pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga 
Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) 
kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke 
negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah 
s.a.w.
Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam 
twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w 
melalui beberapa penyataan yang jelas menghina & merendahkan 
martabat Baginda.
On your birthday, I shall not bow to you. I shall 
not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at 
you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.
On
 your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved
 aspects of you, hated others, and could not understand many more.
On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, 
that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not
 like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang
 kecaman pembangkang khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah 
tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia & melanggar 
undang-undang.
“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak 
mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu 
terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang
 Malaysia”.
- N Surendran, Naib Presiden PKR -
“Ini
 sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai 
setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”. 
 - Fadiah Nadwa Fikri, Aktivis PKR & Lawyer for Liberty -
Serasi Bersama
Dalam
 isu Najeeb A Kashagari & Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki 
aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal 
terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w.
Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua 
individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi 
penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.
Anwar
 tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang 
berorientasikan pemikiran liberal & terbuka, manakala pemimpin PKR 
yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding 
penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w.
Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar & 
pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati 
masing-masing.
Corak pemikiran mereka bebas & liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama. 
Artikel 2
Penggabungan PKR-DAP:  Apa Kata PAS?
Berikut
 adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk “Merging Will 
Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). 
 Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi 
menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan 
kerusi.  
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari 
kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan
 memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung.  Lagipun DAP 
dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. 
 Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui 
pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.” 
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk 
mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau 
tidak adalah soal lain sama sekali”.  
Tidak 
sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini.  Antara respon yang
 dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star 
memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan 
DAP dan PKR.  
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.  
Kita
 setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya
 tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep 
kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.  
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji 
sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan 
mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti 
masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.  
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian 
sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar 
tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu.  Beberapa kenyataan membela 
Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul
 Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.  
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason
 Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. 
 Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan 
Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana 
Menteri.  
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah 
kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat?   Walhal, PAS telah pun bersetuju
 untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa 
isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah 
mempercayai PAS.  Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS 
tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam.  Seperti kata Jason Ong, 
PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu 
tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya.  Pendek kata, PAS 
boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan 
melaksanakannya.  
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak 
mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara 
Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka.  PAS 
akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima 
cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari 
Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.  
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat 
secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS.   Kenyataan 
tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi 
pilihanraya kali ini.  
PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan 
nazak.  Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di 
Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding
 di Lembah Pantai.  
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa 
Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang 
dirinya sudah tidak lagi popular di sini.  Dia dijangka hanya akan 
melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada 
sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.  
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP 
bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga 
orang ketua sekali gus.  Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang
 ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai 
sikap diktator.  
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.  
Namun,
 dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, 
kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan 
walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara.  Ini kerana, walaupun 
Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang
 selama-lamanya.  Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan 
menguntungkan DAP sahaja.  
Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.  
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment