Ulama'-ulama' Islam luar negara mengistiraf Malaysia negara Islam hanya pemimpin2 PAS dan Penyokongnya yang malu mengakuinya..

by Ee Si Kucing
Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya:

kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Renungkanlah kata2 Bekas AJK Dewan Ulama' PAS Pusat..

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi sesuatu peristiwa semata-mata untuk kepentingan politik sempit."Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.

"Inilah masalahnya apabila politik dijadikan "menu" utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gela gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama," katanya.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam terbaik yang diistiraf oleh dunia hanya pemimpin2 dan penyokong PAS yang tidak mahu mengakui atau malu untuk mengakuinya.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengatakan bahawa Malaysia sebagai sebuahnegara Islam (Mingguan Malaysia 30 September 2001) dan semasa ucapan Seminar Kebangsaan “Memahami Malaysia sebagai sebuah Negara Islam” pada 17 September 2002. Pada pandangannya, Malaysia adalah negara Islam berasaskan kepada pendapat ramai daripada ulamak-ulamak zaman dahulu. Menurutnya, Malaysia diakui sebagaisebuah negara Islam dan berpegang kepada ahli Sunnah wa Jamaah. Jumlah yang besar daripada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Di samping itu, beliau mengatakan ajaran Islam berjalan dengan baik oleh pemerintahan Malaysia. Orang Islam dan ajaran Islam diberi perlindungan oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan ini juga memaksa pihak parti pembangkang membuat kenyataan penafian dan meminta Perdana Menteri mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di parlimen. Bagi menguatkan hujah-hujah tersebut, pihak pemerintah telah mengambil pandangan-pandangan tokoh-tokoh luar negara bagi menyokong kenyataan tersebut seperti kenyataan Syeikh al-Azhar Syeikh Sayyid Muhammad al-Tantawi yangmenyebutkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. (Utusan Malaysia, 11 Julai 2003). Parti PAS pula mendakwa Malaysia belum lagi sebagai sebuah negara Islam tulen.Segala langkah selama ini masih belum mencukupidan belum memenuhi tuntutannya.PAS mahukan negara Islam ala PAS saja.Pada mereka Islam itu hanya untuk golongan mereka saja.

Malaysia salah satu negara Islam yang diistiraf oleh dunia..ulama'2 berpendapat bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:

1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.
 

Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.
Pembahagian Negara. Fuqaha telah membahagikan negara kepada dua bahagian iaitu:

1. Negara Islam (Dar al-Islam)
2. Negara Kafir (‘Dar al-Harb,)
 

Golongan Zaidiah mcnambahkan satu lagi yang dinamakan negara fasik. Ulamak semasa membahagikan kepada tiga
bahagian iaitu:
 

1. Negara Islam
2. Negara Kafir
3. Negara al-Sulh
 

engikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:
1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat

Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb
Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:

‘Telah diizirikan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan
sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.” Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah diiktibarkan sebagai ‘dar al--Harb’. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat “dar alHarb” iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam
 

Al-Qur’an mengambarkan “dar al-Islam” seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang
bermaksud:


“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”


Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga.
sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka.


Sifat negara Islam ialah:
1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.
2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.
3. Suasana keamanan kepada umat Islam.
 

Dar al-Sulh:

Dar al-Sulh iaitu negara yang penduduknya membuat perjanjian keamanan dengan pemerintahan Islam dengan syaratsyarat yang telah ditetapkan atau negara yang telah dibuka oleh orang muslim dengan cara aman. Ia juga dikenali sebagai Dar al-‘Aqd atau Dar al-Mu’ahhidin (negeri damai). Menurut al-Shafi’i, Dar al-Sulh
membawa erti wilayah bukan Islam yang terikat kepada perjanjian yang memberi kedaulatan kepada sebuah negara Islam tetapi mengekalkan kuasa autonomi tempatan. Bidang perjanjian itu menuntut pembayaran ufti ke atas tanah (kharaj) kepada kerajaan Islam bagi memenuhi syarat-syarat jizyah.

Mengikut sistem pada zaman Umar mereka dikenakan membayar kharaj. Mengikut al-Qarafi menyatakan bahawa sistem kharaj ini adalah mengikut kesesuaian tempat dan waktu. Ia merupakan sistem yang telah diasaskan oleh Saidina Umar dan bukanlah hukum syarak yang tetap.Harus orang muslim mengadakan hubungan dengan negara Sulh ini tanpa mengunakan kharaj. Pada zaman dahulu pembayaran kharaj tidak termasuk .dalam syarat perjanjian. Menurut al-Shafi’i tidak harus bagi pemerintah mengadakan akad Sulh kecuali dengan membayar kharaj dan sebagainya. Pada hakikatnya pembahagian negara ini tiada ada nas yang nyata dalam al-Quran dan al-Sunnah, hanya ulamak pada kurun kedua yang membahagikan kepada bahagian seperti ini. Bukan maksud pembahagian ini menjadikan dunia ini kepada dua sistem tetapi ia lebih berdasarkan keselamatan dan keamanan bagi orang mukmin dan wujudnya ketakutan dari musuh di negara lain seperti pendapat Abu Hanilah.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, undangundang Islam telah diperkenalkan seperti Kanun Melaka, Kanun Pahang dan lain-lain. Semasa penjajahan British,peranan undang-undang Islam diperkecilkan bidang pelaksanaannya iaitu hanya undang-undang diri dan kekeluargaan dan terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu, penghayatan Islam seperti pendidikan agama dan kehidupan agama masih diberi ruang dan penghayatannya masih dapat dipertahankan. Sejak mencapai kemerdekaan, pembangunan Islam dalam semua aspek terus berlaku walaupun terdapat beberapa masalah dan sekatan akibat undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan. Dalam bidang jenayah hanya undang-undang hudud yang agak ketara percanggahannya dan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Manakala bidang jenayah membunuh atau mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak berbeza dengan Islam.

Demikian juga dalam hukum takzir kesalahan-kesalahan maksiat. Dalam muamalat unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam tetapi dalam kebanyakan bidang lainnya tidak banyak percanggahan berlaku.. Dalam bidang perkahwinan dan kekeluargaan, kita dapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan.Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ia telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian, peningkatan ilmu dan penghayatan pada diri, masyarakat dan negara.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia merupakan negara yang terkehadapan dalam memperkenalkan produk-produk kewangan Islam dengan penubuhan Bank Islam pada tahun 1983. Pada hari ini, kita mempunyai dua bank Islam iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat dan terdapat puluhan institusi kewangan konversional yang menawarkan kemudahan perbankan Islam melalui lebih daripada 1000 cawangan di seluruh negara.Termasuk dalam bidang ini ialah sistem pajak gadai Islam, syarikat takaful dan syarikat broker saham yang beroperasi secara Islam.Kita dapati sistem kewangan yang diamalkan ini berjaya dengan cemerlang dan peranan sarjana muslim dalam merangka sistem kewangan Islam modenndengan melakukan tajribah dan ijtihad bagi mengemukakan jalan penyelesaian yang boleh merealisasikan hukum Islam sekaligus menjauhkan masyarakat dari sistem-sistem barat khususnya dalam isu riba. Perkara yang diutamakan ialah isi, ruh dan nilai-nilai Islam dalam usaha mencapai setakat mampu kesempurnaan dan ideal dalam bentuk baru.

Dari definisi yang telah diberikan oleh para ulama' dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa negara Islam ialah negara yang kekuasaannya milik orang Islam, melaksanakan undang-undang Islam, orang Islam bebas mengamalkan ajaran agama tanpa gangguan, bebas mengeluarkan arahan, timbulnya suasana keamanan pada orang Islam dan orang bukan Islam tiada dapat menzahirkan syiar-syiar mereka kecuali dengan izin orang Islam melalui perjanjian ‘akad zimmah’ dan seumpamanya.Dalam konteks Malaysia, kemasukan orang-orang bukan Islam bukan lagi melalui proses peperangan tetapi hasil daripada proses politik. Lagipun, warga Islam dan warga bukan Islam bersama-sama sebagai rakan pembangunan negara dan berkongsi politik. Melihat realiti dan maslahah umat Islam kini di Malaysia sudah tentu perlantikan mereka sebagai menteri dalam menjayakan kemakmuran negara dan untuk survival umat, maka perkongsian politik dan kuasatidak dapat dielakkan. Tidak ada larangan yang mutlak daripada melarang mereka berpatipasi dalam perkongsian kuasa. Tambahan pula membuktikan sikap toleransi agama Islam.

Dr. Siddiq Fadhil menjelaskan suatu fenomena unik politik Malaysia ialah kewujudan warganegara bukan Islam dengan jumlah yang hampir menyamai dengan jumlah warganegara Muslim. Status mereka bukan lagi sebagai kafir zimmi seperti yang banyak diperkatakan dalam karya-karya klasik politik Islam. Mereka adalah warganegara penuh, malah merasa sebagai pengasas bersama sebuah negara baru-Malaysia Merdeka. Umat Islam tidak lagi dalam melayani minoriti bukan Islam yang lemah tetapi menghadapi warganegara bukan Islam yang besar dan kuat.
 

Persoalannya bukan lagi melindungi orang zimmi, tetapi berkongsi kuasa dengan warganegara bukan Islam. Andainya kita menerima hakikat perkongsian kuasa sebagai formula politik yang diperlukan demi kestabilan negara dan kesejahteraan umat,maka soal pengangkatan orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau menteri sekalipun tidak perlu dijadikan isu.

Sejarah juga turut membuktikan beberapa orang Kristian telah memegang jawatan sebagai Menteri Pelaksana lebih daripada sekali pada zaman Bani Abbasiah. Di antaranya ialah Nasr Harun pada tahun 369H dan Isa Nostors pada tahun 380H. Sebelum itu, Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian memiliki seorang penulis Kristian yang berkhidmat untuknya bernama Sarjoun sehinggakan ahli Sejarah Adam Mitz mencatatkan dalam bukunya “Tamadun Islam Abad keempat Hijriah” bahawa seolah-olah orang Kristian yang memerintah kerajaan Islam kerana ramainya orangorang bukan Islam menjadi gabenor atau pegawai tinggi di dalam negara Islam.

Ini begitu jelas menunjukan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada negara Islam.Hanya mereka pemimpin parti PAS dan pengikutnya merasa malu untuk mengakuinya.Ego mereka melebihi segalanya.Ingatlah bahawa mereka pemimpin PAS hanya memainkan Islam dan meracuni pemikiran rakyat untuk mencapai apa yang diinginkannya.Pemimpin PAS sanggup melakukan apa saja asalkan mereka dapat berkuasa sehingga sanggup menjual maruah Islam dan mengadaikan perinsip mereka.J nauhilah bisikan dajjal syaitan iblis pembangkang demi keharmonian Islam,bangsa dan negara. Fikirkanlah...

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts