Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(


 Kalau suka klik dan like this page TQ ----
  IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Friday, February 1, 2013

Pentingnya menjaga perasaan Ibu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika.

Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.

Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur?

Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.

Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.

Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.

Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga.

Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit (saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik), suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.

Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun.

Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri.

Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu.

Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya.

Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.

Satu hari ketika out-station di Perak, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah.

Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya?

Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.

Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.

Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.

Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.

Setelah diberi kefahaman ini, saya terbayangkan pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan adik-adik sebagai ibu tunggal.

Setiap petang apabila ibu saya pulang dari kerja, walaupun keletihan, ibu akan terus ke dapur untuk memasakkan kami makanan.

Saya masih dapat melihat keletihan ibu ketika itu dan masih dapat membayangkan keletihannya menguruskan kami.

Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya.

Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu.

Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari.

Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.
sumber



 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Monday, January 28, 2013

Mona Fendi sempat bertaubat sebelum ke tali gantung


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Yang bercerita dengan ustaz itu ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu.  

 IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

MACAM MANA NAK BUAT DIA SENTIASA SENYUM





Kepada kaum lelaki ini adalah tips penting untuk kejayaan hubungan percintaan korang. muahaha! Saya baru aja jumpa ni woo. 25 ways to make a girl smile!! Fresh! Tapi, lists ni cuma suka-suka saja ok. Maybe akan ada yang tepat dan ada yang kebetulan saja.
Apa yang kita perlu tahu, setiap manusia ada kurang dan lebihnya. Semua manusia adalah unik! Untuk semua wanita, percayalah! Semua kita dilahirkan ada keistimewaan tersendiri. ok  dan pada kaum adam, sayangilah dan ikhlaskan diri korang untuk menyayangi “hadiah” Tuhan untuk korang.  Jangan sesekali mengabaikan kami 
Ok, lets check it out!!! 31 ways to make a girl smile!! :-

  • Seringkali katakan padanya bahawa ‘Awak Sangat Cantik’
  • Seringkali Respond pada apa yang digayakan dan dipakai oleh si gadis..u olzz kena faham..bersusah payah si gadis memilih baju terbaik..make-up simply siti…perfume enchanter ala-ala siti saleha tu semata-mata  untuk keluar bersama anda!
  • Sentiasa melindungi si gadis jika berada di tempat ramai orang, bersesak dan memberikan keutamaan kepadanya dahulu..it is always ladies first!
  • Sekali sekali lakukan kejutan dengan pesanan suara dari anda..be romantic okeh!
  • JANGAN sesekali keluar bersama bekas kekasih anda tanpa pengetahuan si gadis
  • Jika anda berbual dengan gadis lain…selepas berbual pastikan anda kembali kepada kekasih anda dan perkenalkan pada mereka…biarkan si gadis yakin bahawa dengan sesiapa pun anda berbual…anda hanya milik dia seorang!
  • Tuliskan nota ringkas atau sekadar panggilan telefon untuk menyatakan “hi saya rindu awaklah!’
  • Introduce her to your friends … as your girlfriend.
  • Sentiasa menjemput dan mengambil kekasih anda! Percayalah..si gadis pastinya suka
  • Sila bersedih (tapi jangan keterlaluan okeh!)  jika ada lelaki lain cuba untuk mendekati gadis anda….Jika anda memang tak kesah..apa salahnya tambahkan sedikit lakonan kesedihan anda…itu juga salah satu cara menunjukkan anda terlalu sayangkanya!
  • INI PENTING! Always make ur girl smile and laugh :) . Ini fakta.gadis lebih tertarik pada lelaki yang ada sense og humor
  • Biarkan si gadis tertidur di bahu anda..oh suweeet
  • Jika si gadis sedang marah…sila pinjamkan telinga anda…dengar dengan penuh kesabaran. Si gadis hanya panas di mulut, namun yang sebenarnya dihati mereka mahukan perhatian dan seseorang untuk mendengar
  • Jika anda ambil berat dan risau tentang si gadis, beritahulah mereka betapa anda prihatin terhadapnya
  • Setiap lelaki wajib hadiahkan 3 benda ini kepada si gadis:a stuffed animal( apa-apa teddy atau bantal yang sentiasa dipeluknya ketika tidur), jewellery (she’ll treasure it forever), and baju tidur yang akan pastinya akan menjadi kegemaranya selepas ini atau baju panas/sejuk yang telah anda spray dengan wangian milik anda!!
  • Jika anda bersama dengan kawan-kawan anda yang lain, jangan lupakan si gadis di sebelah.
  • Sentiasa pandang wajah gadis anda.
  • Luangkan masa bersama si gadis sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Dengar muzik bersama-sama. Ala-ala share earphone gitu.
  • Sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting dan jangan lupa sertakan bersama dengan hadiah! tak perlu mahal, asalkan ianya daripada anda pasti si gadis akan suka
  • Apabila si gadis memberikan anda hadiah, sentiasan ucap terima kasih dankatakan  saya sangat menyukainya, walaupun anda tak suka sebenarnya! kikiki
  • Sentiasa menelefon si gadis sebelum tidur!
  • TOLONG lah ingat setiap perkara yang diceritakan kepada anda, sekecil-kecil perkara pun jika anda ingat, si gadis akan sangat menghargai anda..ermm contohnya pencuci muka apakah yang si gadis anda alah…warna lipstick kegemaranya

Thursday, January 24, 2013

5 bandar di jangka akan tengelam



Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok

Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.
Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai

Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul 'Iklim Migran di Asia Selatan' Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
"Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter," jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.


be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts