
Sampai bila Wan Azizah mahu menipu , mana dia jam Omega Kak Wan . Bukan kami tidak tahu Kak Wan tahu semua yang tentang perangai suami Kak Wan tetapi sampai bila Kak Wan mahu terus mahu menipu diri ???
                
Kata Kak Wan :  "Saya berkempen bukan sebab (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) 
nak jadi Perdana Menteri, tapi pergi berkempen sebab saya sayangkan 
negara."
Demikian kata Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail pada 
Majlis Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu Rakyat Berhak 
Tahu di sini malam tadi.
Menurutnya, kebajikan rakyat perlu dijaga dan itu juga kehendak yang 
dituntut mereka daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN).
"Rakyat mahukan negara berkebajikan, tetapi apa kerajaan sekarang buat? Soal keselamatan dan sebagainya dipolitikkan.
"... rakyat akan ada persepsi yang salah terhadap kita, apabila mereka 
menonton TV3 dan membaca akhbar Utusan, jadi kita buat kempen dan rakyat
 perlu tahu kebenarannya," katanya lagi.
Suaminya, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang sering dilanda fitnah berkaitan video seks.
Terbaru, difahamkan anaknya Nurul Izzah Anwar juga mengalami nasib yang sama.
Jelas ini sama sekali akan menjejaskan reputasi seseorang pemimpin menjelang pilihan raya umum ini.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah juga menyeru supaya pemimpin dan 
penyokong 'kerajaan masa hadapan', merujuk kepada Pakatan Rakyat, 
bekerja keras untuk mengambil alih kuasa demi kebajikan rakyat.
"...inilah kempen...kita mesti bekerja kuat untuk capai matlamat itu," tambahnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment