Haji Abu menerima watikah. |
Aku akan terus berkampung di Negeri sembilan sehingga PRU13 selesai . Semalam aku jalan jalan di Ampangan untuk mencari bahan bahan untuk aku kongsikan bersama pembaca. Aku berbual bual dengan orang orang disekeliling aku mengenai calon dan parti.
Yang menarik sekali mereka kata Pakatan Pembangkang sekarang ini sedang pening kerana tidak mempunyai calon calon yang boleh menyaingi calon calon yang di calonkan oleh pucuk kepimpinan parti di Negeri Sembilan.
Calon yang sedia ada seperti Rashid Latif , Aminuddin , Taufek , Kamrul Baharin dan lain lain telah diketahui oleh rakyat bahawa mereka ini sebemarmya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dan jika dicalonkan kembali pasti mereka ini akan kecundang.
Calon pelapis langsung tidak bermutu seperti Ketua AMK yang disebut sebutkan akan menggantikan Chegu Bard , langsung tidak ada gaya kepimpinan dan tidak menonjol. Chegu Bard yang begitu lantang pun tudak berani bertanding di Negeri Sembilan , ini kan mereka mereka ini.
Lihat saja calon BN , Calon Ampangan , seorang peniaga Frozen Meat , Hj Abu Ubaidah Redza anak seorang tokoh agama yang disegani di Seremban , anak watan yang mengenali semua orang di Ampangan. Bersifat pendiam dan tidak sombong dan berpesonaliti bersih sebagai seorang yang kuat iman dan beragama.
Sukar sekali Rashid , kaki ekor untuk mempertahankan kerusi DUN Ampangan kali ini dan Rashid bukan lah calon yang boleh mendekati Haji Abu.
TB sempat menghubungi adik kepada Hj Abu , sdr Said yang kebetulan adalah rakan sekolah TB untuk mendapatkan profile Hj Abu ini. Tak banyak bantuan yang penulis dapat kerana Hj Abu ini adalah rakyat biasa yang mengamalkan kehidupan biasa tanpa pembantu dan low profile.
Apa apa pun sewaktu penyerahan watikah , sememangnya mata TB tidak pernah lari memerhatikan Hj Abu ini dan TB merasakan beliau mempunyia aura. Insyaalah di izinkan Allah TB mendoakan kejayaan Hj Abu.
i like...
ReplyDeleteMe an my wife will surely vote for him.
ReplyDeletesemoga peroleh kemenangan...
ReplyDelete