Besar sungguh hajat Loke Siew Fook untuk menawan Negeri Sembilan sehingga sanggup menarik pihak Istana untuk menjadi calon pada PRU13 ini dan sangggup menawarkan jawatan MB kepada pihak Istana untuk mencapai realisasi parti.
Singapura juga pernah mengula gulakan orang Melayu dengan memberikan jawatan Presiden yang pertama kepada Yusof bin Ishak . KEMUDIAN JAWATAN INI TIDAK LAGI di isi oleh orang MELAYU.
Loke sanggup lakukan apa saja termasuk memujuk pihak istana sedangkan kita tahu DAP adalah sebuah parti yang tidak sukakan akan institusi beraja dan mereka lah yang paling hebat mengkritik dan mempertikaikan hak raja.Agak menghairankan Loke boleh lakukan hanya kerana mahu mendapatkan kuasa di Negeri Sembilan. Loke tahu akan kelemahan orang Melayu sememangnya taat kepada Raja .
Mujur pihak istana menolak dan hasrat loke terkubur. jika tidak pasti akan menjadi perpecahan besar orang Melayu di Negeri Sembilan.
Sila baca apa kata bekas Naib Pengerusi DAP
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pernah
meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis
dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan
hasrat tersebut kepada baginda.
"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah
bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang
tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.
"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah
ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar,
ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya dalam satu ceramah di sini
malam ini.
Tunku Abdul Aziz berkata beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat
DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak baginda.
Tunku Abdul Aziz berkata Loke, yang juga Anggota Parlimen Rasah, tidak
berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus meminta beliau memujuk
Tunku Zain
Al-'Abidin untuk bertanding mewakili DAP, dan kali ini di kerusi
Parlimen serta berjanji akan menawarkan jawatan menteri Kabinet kepada
baginda jika pembangkang menguasai Putrajaya.
Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyampaikan
hasrat Loke itu kepada Tunku Zain Al-Abidin kerana berpendapat ia
sesuatu yang tidak masuk akal.
Katanya, perkara ini jelas menunjukkan DAP adalah parti yang sanggup
melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap
'memancing' anakanda pemerintah utama Negeri Sembilan untuk bertanding
dalam pilihan raya mewakili parti itu.
Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimah ALLAH digunakan dalam Bible sebagai
tidak sensitif dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah 'batu api'.
Menurutnya, agama dan politik tidak boleh dicampuradukkan kerana akan
mengakibatkan bahaya yang besar, terutama dalam perpaduan masyarakat
berbilang kaum dan agama di Malaysia. -
No comments:
Post a Comment