Saturday, April 6, 2013

SIRI VI : LOKE SIEW FOOK : SIAPAKAH LOKE SIEW FOOK SEBENAR , BIADAB , MAKI HAMUN DLL !

Loke  Siew Fook , Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY)
Sewaktu penulis membuat blog walking  penulis terbaca sebuah tulisan yang penuis rasakan baik untuk dikongsi bersama denghan pembaca kerana ianya dapat menyedari pembaca yang selama ini menyangka kan Loke  Siew Fook ini seorang yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Mukadimah berita adalah kenyatan dari seorang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang telah  menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

Ridhuan Tee penceramah dan pengerusi persatuan Cina Muslim
Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.
Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan laman web www.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.

''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa, keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.''

Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.

''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.

Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap Mohd. Ridhuan Tee.

1 comment:

  1. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts