Friday, April 5, 2013

Penyanyi Aishah Pening Dengan Janji Manis Pas


Aishah
Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu “Janji Manis Mu” pasti pening kepala apabila mendapati nama beliau sebagai calon Ahli Parlimen Jempol untuk Pas sebenarnya bertindih dengan nama Ketua Dewan Pemuda Pas negeri.

Pengumuman nama dua calon oleh Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan hanya menampakkan bahawa Pas negeri dan Pusat tidak sehaluan dalam pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini kerana, nama pertama diumumkan pada Ahad lalu, Mohd. Fairuz Mohd. Isa yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, adalah calon pilihan Pas Negeri Sembilan.

Pengumuman nama Mohd. Fairuz dibuat sendiri oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Calon kedua pula, Wan Aishah Wan Ariffin iaitu penyanyi yang lebih dikenali sebagai Aisyah dan popular dengan lagu Janji Manismu, merupakan calon pilihan Pas Pusat.

Nama Aisyah bakal bertanding kerusi Parlimen Jempol diumumkan sendiri oleh Mohamad Sabu di Markas Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur. 

Mengulas mengenai perkara ini, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani mengakui bahawa pengumuman dua calon yang akan bertanding di Jempol dibuat kerana Mohd. Fairuz dipilih di peringkat negeri manakala Aishah pula oleh Pas Pusat.

“Justeru itu, yang terbaik akan dipilih. Esok kami akan mengadakan pertemuan dengan Pas Pusat bagi membincangkan calon yang akan bertanding di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi.

“Selepas perbincangan itu, siapa calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan dijangka akan diumumkan,” katanya.

 – MYKMU.NET/UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts