Monday, April 8, 2013

DAP takut bertanding di kawasan Melayu

DAP dilihat sebagai parti yang hanya berani bertanding di kawasan bukan Melayu sahaja.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, jika parti itu mendakwa ia mewakili semua kaum, mereka perlu bertanding di kerusi yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

''Mereka (DAP) tidak berani, cakap sahaja mewakili semua kaum tetapi mereka akan hanya bertanding di kawasan MCA atau Gerakan di mana masyarakat Cina ada lebih 50 peratus.

''Mereka mahu berada dalam zon selamat dan dalam hal ini jelas sekali mereka hanya tumpu kepada komuniti Cina sahaja," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut mendakwa, DAP mengamalkan nepotisme dan kronisme, malah tidak mahu mengetengahkan ramai calon masyarakat India untuk bertanding dalam PRU-13.

''Saya mahu mengingatkan ahli DAP dalam masyarakat India yang dianggarkan sekitar 1,150 orang itu dan lainnya, supaya berfikir sebelum membuat pilihan.

''DAP bermain dengan sentimen di peringkat akar umbi dengan mendedahkan kononnya masyarakat India ditindas, tidak diberi pendidikan dan pekerjaan yang baik, sedangkan semua itu hanya untuk meraih undi dalam PRU-13," katanya.

Kata beliau, Pengerusi DAP negeri, Lok Siew Fook boleh membuat apa juga andaian termasuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan merampas negeri ini, tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.

''Ya, mereka ada penyokong sebab yang menyokong itu ada agenda tersembunyi, tetapi mereka juga lupa ada setengahnya tunggu masa untuk keluar daripada parti ini," katanya.



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts