Wednesday, April 3, 2013

siri II : Loke Siew Fook : Gentar akan pendedahan mahu menukar MB bukan Melayu untuk Negeri Sembilan

Loke  Siew  Fook  berkata , isu menteri besar bukan Melayu hanya lah fitnah yang  sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Ini adalah alasan yang  paling baik yang boleh diberikan oleh Loke  Siew  Fook untuk mendapatkan undi Melayu. Loke selaku ketua pembangkang  tahu bahawa parti DAP punya majoriti sokongan dalam pembangkang dan mempunyai 10 kerusi jika dibandingkan dengan PKR 4 dan  PAS hanya satu kerusi bahawa kuasa sebenarnya adalah ditangan Loke dan DAP.

Yang penting bagi Loke hanyalah untuk mendapatkan kuasa sebagai kerajaan di Negeri Sembilan dan mengharapkan Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya. Segalanya boleh berubah.  Loke  seorang yang beragama Kristian pasti akan melakukan sesuatu untuk menjadi orang yang paling penting di Negeri Sembilan memandangkan DAP merupakan parti dominen di Negeri Sembilan ketika ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai , ahli parti mereka di yakinkan bahawa Negeri Sembilan akan mempunyai Menteri Besar lain pada Melayu jika mereka diberikan undi yang padu oleh kaum Cina untuk mengundi parti DAP. Loke pula akan memainkan peranan untuk mendapatkan undi  Melayu dan India.

Apa  juga kata kata dan penafian  Loke  Siew Fook ini  pernah dikatakan oleh pemimpin  parti PAP dahulu untuk mendapat sokongan Melayu dan segala gerak kerja DAP dirancang mengikut gerak kerja PAP dahulu. Kini PAP adalah sebuah parti Cina yang menguasai sepenuhnya Singapura dan parti ini dikatakan memberikan sokongan dan mempunyai hubungan rapat dengan parti DAP.

Eloklah kita berhati hati moga tidak tertipu lagi dengan tipu muslihat parti rasis ini yang kini  cuba menyelinap disurau surau kita dan menggunakan ayat ayat suci Al Quran dalam ceramah ceramah mereka untuk mengelabukan orang orang kampung bahawa mereka adalah sebuah parti yang rapat dengan orang orang Melayu sedangkan parti inilah adalah sebuah parti yang  anti kepada Islam.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts