Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi 
satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri 
Najib Tun Razak.
"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," 
kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia 
"Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya 
umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang 
penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara 
langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan 
manifesto itu.
"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.
"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa 
guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.
"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.
Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka 
sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang 
dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus 
manakala hutang negara juga akan melonjak.
"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak
 ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," 
katanya.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu 
luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam 
politik.
Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN 
adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius
 untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat 
menerajui negara pada PRU13.
Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi 
menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, 
menandakan sokongan padu kepada BN.
Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani.
Petugas Distribusi MBG SPPG Prabumulih Timur Pakai Kostum
                      -
                    
PRABUMULIH — Suasana pendistribusian Makanan Bergizi Gratis (MBG) di Kota 
Prabumulih berubah menjadi meriah. Pasalnya,...
The post Petugas Distribusi MBG...
18 hours ago
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment