KEADILAN peroleh maklumat ada ‘ugutan serius’ terhadap Anwar
(Oleh Sidiqin Omar)
Laporan : Suara keadilan 
KUALA LUMPUR 12 APRIL: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution 
Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat ‘ugutan serius’ terhadap 
keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman 
keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media
 di ibu pejabat parti, semalam.

Justeru
 katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu 
disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.
“Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
“Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu 
saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila 
masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar),” kata Saifuddin.
Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin 
menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta
 bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap 
penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.
“Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh,” kata 
Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan 
butirannya selepas pertemuan dengan Ismail. – 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment