Hari  pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 
Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan 
Raya (SPR) mengumumkan Rabu.
Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz 
Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi 
kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan Khamis (11 April).
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu 
pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan 
TV3.
--BERNAMA
Petugas Distribusi MBG SPPG Prabumulih Timur Pakai Kostum
                      -
                    
PRABUMULIH — Suasana pendistribusian Makanan Bergizi Gratis (MBG) di Kota 
Prabumulih berubah menjadi meriah. Pasalnya,...
The post Petugas Distribusi MBG...
18 hours ago
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment