Monday, April 15, 2013

Hello Dr Rosli Yaakop ,nak jadi calon ceramah Rembau ke?? asyik nak debat aja ko ingat ko Obama ke??? ..

Pas cabar calon BN berdebat
Pas cabar calon BN berdebat
Kamarol (kiri) dan Rosli ketika ditemui sempena Majlis Sidang Media di Markas Pas DUN Chembong, di Kampung Mulia, kelmarin.
 
REMBAU – Pas mencabar kesemua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya di Parlimen Rembau untuk berdebat dengan calon Pakatan Rakyat (PR) selepas hari penamaan calon.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, langkah itu akan memberikan satu dimensi baru buat sistem demokrasi pilihan raya di sesebuah parlimen yang mana secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat menilai pemimpin yang bakal dipilih dalam PRU nanti.

Menurutnya, langkah berkenaan amat wajar dipertimbangkan, lebih-lebih lagi ia membabitkan kepentingan rakyat untuk melihat hala tuju pemimpin yang bakal membela nasib mereka.

“Kita cabar calon BN untuk berdebat dengan kita. Jika Dewan Sri Rembau tidak mampu menampung kegunaan untuk berdebat, kita syor untuk adakan di kawasan padang di daerah ini untuk menarik lebih ramai lagi penonton debat.

“Malah, kita yakin dengan amalan debat ini, kita akan memulakan tradisi baru dalam suasana pilihan raya di negara ini yang mana ia memberikan keuntungan buat pengundi menilai calon pilihan mereka,” katanya pada majlis sidang media di Markas Pas Dun Chembong, di Kampung Mulia, kelmarin.

Turut hadir calon Pas kerusi Dun Chembong, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.

Sementara itu, Rosli ketika ditanya mengenai perpindahannya ke kerusi Dun Kuala Klawang berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah kepimpinan pas pusat dan negeri menjalankan majlis syura.

“Bagi kesemua ahli Pas, keputusan secara sistem syura adalah merupakan yang terbaik kerana kita menganggap ada hikmah, berkat dan kelebihan dalam keputusan berkenaan.  Oleh itu, kita harap agar semua pihak dapat memberikan sokongan padu kepada calon Pas dan PR di kawasan masing-masing,” katanya. ~ Sinarharian.

TB kata : 
Kalau bab berdebat, berceramah, jual temberang , cakap merapu menjanjikan bukan bintang dan syurga bagi lah pada calon PAS. Yang paling best mereka tak tahu apa makna  debat pun. Kalau mereka kalah berdebat  dan tandus fakta mula lah serang peribadi ,maki hamun  macam pemimpin mereka.

Dr Rosli , mai nak bagi tahu. Ko ingat rakyat  habis dengan dengar temberang ko aja siang malam, tak berhenti henti nak bercakap berdebat, macam lah hebta sangat. Tu buka biji mata tu . Bawa kereta  cuba pergi Paroi , Ampangan , Sikamat, Port Dikson , Sendayan , acu tenguk apa yang berlaku. Pembangunan yang kerajaan BN buat. Bukan buat dengan lidah dengan air lior saja. Auta saja lebih.

BN Buka parti debat, lagi pun apa ke jadah dan bukan untung pun debat dengan korang. You are Looser. Tak debat  dengan korang pun tak rugi apa. Ajak lah Anwar Ibrahim ,Mat Sabu debat..Aku lebih rela melihat pemimpin aku turun padang dari bedebat dengan korang...........

5 comments:

  1. Orang PAS kononnya hebat berdebat .... orang berdebat dengan Ilmu tapi orang PAS berdebat dengan emosi dan persepsi....

    ReplyDelete
  2. Aku debat mas kat sekolah menengah dulu...dapatlah piala...fakta sikit...goreng banyak.....

    ReplyDelete
  3. Cakap je nih..bila betul2 time nanti ada je alasan utk tunda dan seribu alasan....cam ulamak terompah ko jugak la..cakap belit2..

    ReplyDelete
  4. UMNO TAK ADA TELOQ....AJAK DEBAT TAKUT...PM DIA PUN TAKUT SAMA ....MEMANG LAYAK JADI MENTERI WANITA...

    ReplyDelete
  5. HOI ROSLI JACOB, DEN BILO NONGA NAMO KAU NI NAK MUNTAH TOKAK DEN,TAK HABIEH MENCACAI 25 JAM ,APO BONDO YANG KAU DAH BUEK SOLAMO NIE ,ABIEH2 CRITO BANK NEGARO.SOJAK DEN NONGA NAMO KAU DAGHI DULU SAMPAI LA NIA TU YO KAU ULANG2,KEPADO PUAK PAS BERTAUBATLAH ,ALLAH HANYA UNTOK OGHANG ISLAM ,TAPI KAU OGHANG SANGGUP BERSEKONGKOL DGN ANWAR BAB KALIMAH ALLAH ,TANGGUNGLAH SENDIRI ,MATAHARI HANYA SEJENGKAL DARI UBUN2 DALAM KUBUR .TAK TAKUT AZAB ALLAH KE .BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.INTISALUL AWAMIR WAJTINABON NAWAHI.

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts