Pergolakan yang berlaku kepada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak dapat disembunyikan lagi apabila mereka gagal mengumumkan nama calon dalam majlis pengumuman yang telah mereka adakan baru baru ini.
Menurut sumber , DAP meminta lebih banyak kerusi lagi untuk menjadi parti dominen dan mahu mempertaruhkan beberapa calon Melayu di Negeri Sembilan. PAS dikatakan langsung tidak mahu berganjak dan meminta lebihan kerusi dan telahpun mengumumkan calon Parlimen Rembau yang sepatutnya adalah Quota PKR.
Loke Siew Fook selaku Ketua Pembangkang Negeri Sembilan gagal untuk menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Ada sumber yang mengatakan bahawa Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin telah meletakan jawatan kerana desakan pemimpin dan akar umbi PKR.
Pemyokong Chegu Bard juga akan memastikan agar Dato' Kamarul Baharin akan tersingkir dari kancah politik PKR Negeri Sembilan. sila baca
No comments:
Post a Comment