Panas! Sayuti Omar Dedah Kucar-Kacir Pemilihan Calon PAS Kelantan Malam Ini
Malam
nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS
bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14
kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi
beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal.
Sesetengah kawasan acara 'vergomol' sudah berlaku kerana tidak puas
hati.
Bagaimana pun malam ini adalah pengumuman rasmi. Malam ini akan ada air
mata gembira dan air mata duka. Malam penuh dramatik. Khabarnya semua
calon terlibat sudah dimaklum dan sudah pun diberi borang penamaan calon
masing-masing. Sesetengah sudah pun mengambil gambar foto untuk
dijadikan poster calon. Jangan mendahului Tuhan.
Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak
yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati
timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau
mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka
tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat
pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.
Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan
calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini
akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perlara ini sejak tahun 1978
lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai
bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak beruas hati dengan
calon.
Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang
pejuang dan 'pemarti' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya
setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100
celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat
(mendidih) ke atas.
Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak
yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur
kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan
calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota
pemilih calon; cakap depan lain dan cakap berlakang lain. Sikap tidak
berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan
inilah menyebabkan timbul kekalutan.
Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji
akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan
kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar
disebunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung.
Tokguru hanya dijadikan rubber stam, cop sahaja tanpa memaklumkan
kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?
Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh
ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti
syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat
berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris
warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.
Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan
mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu
saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubung diplomatik dengan
individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan
dipilih dan dia ajak berjemak berkira.
Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di
zaman Mohd Asri Muda (Allayarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan.
Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula
dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan
berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS?
Sebenarnya bagi ahli PAS mereka tidak ada masalah kalau 'waris warah'
yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara
adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak
pilih kasih atau pun membelakang prosuder biasa. Keharmonian di dalam
PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan
dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS.
PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan.
Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan
apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur
dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan
yang berpaksikan kepada perinsip Islam.
Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang
dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS
cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa.
Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada
ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan
Persurujaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan
dinilai.
Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up
sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang
sesembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan
Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari
dalam dengan bersela lendik dan berkiopiah putih.
Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada
hubungan realtif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada
orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian
dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana
hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia
memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak,
getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd
Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak beruding langsung
dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?
Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan
pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat.
Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya
dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada
god father
atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang
rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota
Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Maroco, Mesir bersama
akan diambil menjadi calon?
Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan
malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana
beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang
tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon
kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan
menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu
saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang
selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang
diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita
dibolehkan. Inilah jenis munafik.
Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di
Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang
dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam
akhirnya dinafikan begitu sahaja. Aruah Muhamad Daud diambil menjadi
calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau
dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan
Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan
sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas
'mengekok' dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan?
Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita
tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah
nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit
dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang
diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah.
Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini
saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak
ditutup dengan perkataan "InsyaAllah..." Biarlah kita bermain dalam
cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna
kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan
kebenaran.
Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau
tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan
tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita
mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga
saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya
dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguran itu nanti membuktikan
dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar
di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud.
PS : TB mengenali Tuan Sayuti Omar personali dan pernah minum bersama beberapa kali tapi telah agak lama juga tak bertemu dengan beliau namun masih mengikuti penuliasan beliau.