SETELAH beberapa hari sejak isu ini terbongkar, terus terang penulis katakan yang penulis ada masalah dengan cara YB Azmin Ali mengendalikan isu berkaitan penyebaran gambar-gambar dari video seks yang didakwa membabitkan dirinya.
Memang penulis akui Azmin bertindak 
pantas dengan mengeluarkan kenyataan penafian secara bertulis, sehari 
selepas gambar-gambar tersebut tersebar.  Tapi sejak dari itu, hanya 
penafian itu sahajalah yang kami semua ada untuk mempertahankan Azmin.
Cukupkah?  Sudah tentu tidak cukup.
Paling mengecewakan penulis ialah masih 
tidak ada lagi laporan polis dibuat Azmin berhubung dengan penyebaran 
gambar-gambar tersebut sehingga hari ini., walhal hari ini sudah masuk 
hari ke-5 sejak gambar-gambar itu tersebar!!
Berbeza dengan kes video seks fitnah 
Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu bila mana laporan polis dibuat dengan 
segera iaitu sehari selepas ianya ditayangkan kepada sekumpulan wartawan
 oleh Trio Datuk T di Carcosa Seri Negara.
Apa sebenarnya yang menghalang Azmin 
dari membuat laporan polis dengan segera dan kemudiannya menyaman semua 
pihak-pihak yang terbabit pun penulis kurang pasti.
Sedangkan kalau diikut dari kenyataan 
bertulisnya yang dikeluarkan pada Isnin, beliau benar-benar yakin dengan
 pihak mana yang menyebarkan gambar-gambar tersebut bagi tujuan 
memfitnahnya.
Hari ini Ummi Hafilda pula menambah 
minyak kepada api yang semakin marak apabila membuat kenyataan 
mengesahkan lelaki dalam video tersebut adalah 99.9% abangnya.
Apa pun yang kita boleh cakap dan gelar 
kepada perempuan puaka ini, satu yang pasti ialah dia masih lagi adik 
kandung Azmin yang membesar bersama.  Justeru, kelebihan untuk mengenal 
pasti abangnya sendiri memang sentiasa berpihak kepada dia, dibandingkan
 dengan kita semua yang hanya mengenali Azmin sebagai pemimpin PKR dan 
Pakatan Rakyat.
Melainkanlah, ada kenyataan balas dari Shamsidar Taharin yang menafikan lelaki dalam video tersebut adalah suaminya!!
Penulis tidak bimbang dengan kesan 
kenyataan Ummi Hafilda itu dikalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun 
penyokong BN, penulis bimbang dengan kesannya kepada golongan atas pagar
 yang lebih ramai dari penyokong Pakatan Rakyat dan BN – digabungkan 
semua sekali.
Seingat penulis, jarang atau tidak 
pernah Pakatan Rakyat ketinggalan dalam menjawab sesuatu isu, terutama 
sekali dilihat dari cara jentera kita bergerak dalam melawan fitnah 
video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu.
Berlainan dengan kes yang ini.
Justeru, bagi menutup kelemahan dan 
kekurangan yang ada, penulis suka nak mencadangkan agar Azmin dihadapkan
 ke Jawatankuasa Displin parti untuk kesnya didengari dan diputuskan.  
Sekurang-kurangnya rakyat melihat parti ada berbuat sesuatu dalam 
menangani kes Azmin ini.
Walaupun kes ini bersifat peribadi tapi 
ia membabitkan maruah dan imej parti dalam masa yang sama kerana jawatan
 Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR adalah jawatan sepenuh masa, tidak 
terikat dengan batasan masa seperti golongan pekerja kolar putih yag 
lain.
Penulis mendesak, pihak kepimpinan 
tertinggi PKR mengambil tindakan dengan segera dalam isu ini sebelum 
ianya melarat dan mengurangkan lagi peluang kita untuk mencapai kejayaan
 yang lebih besar di Putrajaya.
dipetik dari http://suarapakatanrakyat.com
dipetik dari http://suarapakatanrakyat.com

Yang patut buat cadangan ni orang2 kuat PKR sendiri. Tetapi semua kecut, takut kena singkir.
ReplyDelete