Friday, December 9, 2011

Ya Allah aku sungguh terharu......

Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :
Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….

Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….

Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan

Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.

TepakBersulam:
Mari kita jaga keamanan dan bersyukur dengan keamanan yang negera kita miliki apabila kita masih boleh pulang dan mencium dahi anak kita dan masih boleh bermain diwaktu petang bersama mereka boleh melihat mereka makan dengan selesa dan bersekolah dengan dada yang lapang tanpa memikirkan sebarang masalah.

Jangan biarkan mereka sangsara kehilangan oang yang mereka kasihi merindui ibu dan ayah yang telah pergi. Bagaimanakah nasib dan masa hadapan anak ini.

4 comments:

  1. jauhilah nasib kami agar anak anak ku sentiasa dilindungi mu, terharu juga.

    ReplyDelete
  2. Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
    Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
    Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…

    ReplyDelete
  3. Lakukan in kepada anak kita.......
    mengucup dahi semasa dia tidur,
    menyuapkan makan dan minum nya,
    mandikan dan siapkan mereka setiap hari
    bermailah dengan mereka ...
    belikan mainan yg mereka suka sekadarnya......
    Sebab suatu ketika nanti apabila kita teringin untuk melakukan nya , mereka telah pun dewasa.dan masa kecilnya tak akan berulang lagi ...selama-lamanya.

    ReplyDelete
  4. Marilah kita bersatu memelihara dan menjaga keamanan negara yg tercinta ini hingga titisan darah yg terakhir daripada anasir luar yg mengaku diri mereka hero dlm semua aspek yg cuba dibawa masuk oleh segelintir orang kita yg mana juga mengaku diri mereka hanya yg betul (hero dlm pembohongan) dajjal... menghianaat bangsa,agama & Negara.Cegah mereka bermaharajalela sebelum terlambat.Kita yg cintakan ke amanan tak rela macam ini terjadi di bumi yg bertuah ini.

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts