Sunday, December 25, 2011

Bob ni di angkat ka langit di tabal jadi wali , JAIP tahan bob bagi ceramah agama di masjid,

KUANTAN, 25 Dis - Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (foto) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai JAIP sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan JAIP lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat. “Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. “Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang,” katanya

. Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga JAIP bertindak. Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali

Nota macam mana pulak Bob boleh bagi ceramah agama, baca al afatihah pun tak betul.  Bila pulak Bob  jadi wali atau Bob pernah di angkat ke langit ke ditabal menjadi Rasul. PAS ni susah kita nak jangka, Nik Aziz pun boleh diaorang angkat jadi nabi.

2 comments:

  1. Tanya lah apa apa asas ugama misal rukun Islam ,rukun Iman atau Rukun Wuduk . Mampus binatang ni garu kepala nak jawab.

    Baru terantuk dinding masjid dah ingat dia pakar ugama hehehehe

    ReplyDelete
  2. Dah nyanyuk agaknya si bob lokman ni.. Ada pulak mengaku di angkat naik kelangit di tabal menjdi rasul pulak tuh.. Yang si nik aziz menjadi nabi pulak.. Mmg pas ni dasar yg dah tiada modal dan gila kuasa. Cakap pandai x serupa bikin, nak memimpin x kena cara, bangunan masjid sepatutnya tempat beribadat pun di jadikan markas politik mereka. Usahlah nak menyesatkan lg apa yang telah nyata.. Jgn jadi manusia yang bertopeng iblis pulak!...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts