Thursday, December 8, 2011

Sesetengah golongan mengangkat darjat pemimpin mereka menjadi Wali, Nabi malah sehingga Menjadi Tuhan

Ketaksuban Sehingga Membunuh

Rasulullah melarang umatnya membuat patung-patung atau bahkan melukis potret juga tidak digalakkan. Kesannya ialah sesetengah umat yang begitu taksub terhadap pemimpin agama mereka akan menjadikan patung pemimpin berkenaan sebagai fokus pemujaan. Ini telah berlaku sejak dahulu lagi.

Asas ketaksuban berkenaan dilupuskan oleh Nabi Ibrahim dengan cara memecahkan patung-patung di sekeliling Kaabah pada masa itu. Ketaksuban sangat merbahaya. Manusia di tingkatkan menjadi ulama tertinggi, kemudian dijadikan Wali Tuhan seterusnya dianggapkan Keramat atau Nabi malah hingga kesaktian menjadi 'Tuhan'. Ini telah berlaku dalam kebanyakan agama lain - umpamanya Nabi Isa yang diangkat menjadi 'Tuhan' dan 'Anak Tuhan' bersekali dan patungnya dijadikan fokus sembahan.

Ianya bermula dengan amalan sekelompok manusia yang akhirnya menjadi amalan masyarakat. Lihat sajalah Ayah Pin yang dinaik darjat hingga menjadi 'Tuhan'. Perkara sebegini wajib dibenteras sejak awal ianya cuba tumbuh. JIka dibiarkan ianya akan menjadi suatu penyakit masyarakat yang gagal dibendung sehingga ada yang menjadi suatu aliran agama baru seperti disesetengah negara. Janganlah terlibat dengan perkara sesat yang boleh mencetuskan syirik ini.

Kita kaji apa yang telah berlaku kepada organisasi al Arqam. Pemimpinnya di anggap Wali yang akhirnya mencetuskan pelbagai rententan kesan ketaksuban yang tidak diajar dalam agama. Dari manusia biasa pemimpin berkenaan 'diberi karamah' oleh agen mereka sehingga dianggap sebagai benar-benar telah menjadi seorang yang mempunyai kesaktian yang hebat. Sehingga sekarang manusia yang telah meninggal dunia itu dianggap masih hidup dialam ghaib dan masih boleh berinteraksi dengan pengikut taksub mereka.

Bagi Ayah Pin pula, golongan mereka sanggup mengisytihar sebagai bukan penganut Agama Islam untuk meneruskan agenda mereka. Dia dari seorang manusia biasa diangkat menjadi ahli karamah dan terus menjadi 'Tuhan' sehingga dikatakan menjadi 'Ketua Tuhan'.

Setiap individu yang diangkat tinggi oleh pengikutnya biasanya mempunyai 'trompet' masing-masing yang meniupkan indoktrinasi dan sentiasa melakukan promosi ke atas kehebatan kerisma pemimpin mereka. Suatu ketika isteri kepada pemimpin al Arqam pada masa itu yang telah menjadi 'trompet' yang melakukan kerja-kerja promosi.

Kempen agen-agen mereka ini bermula dari kecil-kecilan sehingga menjadi lebih besar dalam bentuk tulisan dan multimedia. Pengaruh kempen berkenaan telah tersebar ke seluruh dunia. Baru-baru ini seorang pemimpin politik telah cuba diangkat oleh pengikut taksub mereka menjadi 'nabi'. Pada pandangan penulis, jika kita semua tidak 'bising' akibat perbuatan ini maka mereka akan melakukkan dalam pelbagai bentuk sehingga pengikut mereka menjadi 'hilang akal'.

Pada masa itu pilihanraya bukan lagi suatu usaha untuk mendapat pemimpin berwibawa melalui proses demokrasi. Para pengikut yang taksub akan menutup mata hati dan telinga terhadap hujah rasional dari mana-mana pihak.

 
Bertanggung-jawabkah.. jika pengikut mengangkatnya menjadi 'Nabi?"


Amat sukar untuk kita semua memperbetulkan keadaan jika indoktrinasi yang dilakukan oleh pemimpin itu terhadap pengikut mereka telah dilakukan sejak sejian lama.Negara kita terpaksa berbelanja berjuta ringgit untuk meperbetulkan keadaan termasuk mengadakan kursus-kursus pemulihan akidah.

Paling bahaya ialah apabila gerakan politik dicampur adukkan dengan gerakan agama sehingga kehendak nafsu dunia pemimpin mereka dijadikan agenda agama. Segala ayat Quran dan Hadith yang difikirkan berkaitan dinukil dan dikaitkan dengan perjuangan mereka bagi menghalalkan tindakan mereka. Di Batu Pahat, pada tahun 1980, kepercayaan terhadap tafsiran sesetengah ayat-ayat  Quran telah oleh sekumpuan pengikut ajaran sesat digunakan untuk menghalalkan tindakan menyerang balai polis sehingga mencetuskan pembunuhan.

Kerajaan harus bertindak sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Kita telah melihat pelbagai tanda yang menuju ke arah trend seperti ini.

sumber : rakan Fb Sy Sulaiman Ariffin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts