Thursday, May 30, 2013

TERKINI!! HARGA SEWA KEDAI PKNS NAIK RM9000 BERMULA RAMADHAN INI!!

BERITA terkini yang baru diterima dari salah seorang sahabat memberitahu kepada salah seorang admin Jawa Bernam bahawa selepas pakatan memenangi kerajaan negeri Selangor pada PRU13 yang lalu, pengurusan PKNS dibawah kerajaan negeri telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menaikkan sewa kedai di Kompleks PKNS, Shah Alam kepada RM9000 sebulan berbanding sewa sebelum ini yang hanya RM4000 sebulan.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh peniaga yang berada disitu dan arahan itu akan berkuatkuasa bermula pada bulan Ramadhan akan datang. Jika semasa pemerintahan Barisan Nasional menerajui Selangor, sewa di Kompleks PKNS tersebut hanya sekitar RM3000 sebulan namun keadaan terus berubah semenjak pertukaran tampuk pemerintahan. Inilah negeri kebajikan yang diwar-warkan oleh pakatan serta barisan kepimpinan dalam pakatan yang lebih mengutamakan untung dari kebajikan rakyat.
Untuk rekod, hampir 90% peniaga yang menyewa kedai di sini adalah kaum Melayu yang mana mereka sudah tidak dapat mencari tapak lain selain PKNS kerana rata-ratanya didominasi oleh kaum Cina. Malah peniaga di sini juga memberitahu, sudah ada peniaga Melayu yang bungkus dan menutup kedai kerana sewa yang terlalu tinggi dan naik setiap tahun. Justeru, kedai yang ditinggalkan disewa pula oleh kaum Cina. Apa yang Melayu ada lagi di Selangor?
Perkara ini bukan baru tetapi telah lama semenjak pertukaran kerajaan negeri. Orang ramai juga sudah kurang mengunjungi PKNS kerana keadaan kompleks yang tidak diselenggara dengan betul. Untung diambil oleh kroni Khalid tetapi nasib peniaga Melayu di Shah Alam tidak dibela. Kerajaan kebaijakan ke macam ni?
 
sumber Jawa Bernam

4 comments:

  1. bijak2 belaka yg mengundi, bagus!

    ReplyDelete
  2. Padan muka,seronok sangat tengok BN x perentah Selangor!mengadu le dgn Kerajaan PR yang berslogan SUARA RAAYAT SUARA KERAMAT!nak tunggu ape lagi,ramai2 g Pejabat MB.

    ReplyDelete
  3. No problem orang2 Selangor.

    Hangpa yang pilih. Sukalah dengan kenaikan RM4000 ke Rm9000.

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts