Thursday, May 2, 2013

Ibrahim Ali Dakwa Nik Aziz Dan Isteri Dapat Tanah Jutaan Ringgit

 

Gempar sebelum pilihan raya menjelang kurang dari lima hari lagi. Calon bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah membuat pendedahan dan kenyataan yang mendakwa Nik Aziz. Menurut Tok Him, Nik Aziz  telah menggunakan kedudukan beliau sebagai MB untuk mendapatkan beberapa lot tanah yang dianggarkan berjuta ringgit.

Namun, beliau tidak berhasrat untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Walau bagaimanapun, Datuk Ibrahim Ali akan bekerjasama dengan SPRM sekiranya pihak tersebut ingin menjalankan siasatan keatas perkara tersebut.

Inilah orang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau tidak sebelum ini pembangkang tak kira siapa pun ligat mengata orang UMNO dan BN ni kuat makan harta rakyat. Sekarang ini, tuhan bayar cash. Tak kira lah siapa pun dia itu. Tau-tau TGNA pun ambil kesempatan juga mengumpul harta sementara masih menjadi MB Kelantan.

Ni baru tau, patut pun dah sampai berjuta dia menyimpan harta. Rumah yang sederhana itu mungkin sekadar ingin menutup segala kekayaan dan kemewahan yang didapatkannya itu. Ingat lagi, mereka-mereka ini galak menyalak mencari kesalahan dan mereka kesilapan UMNO dan BN.

Rasanya, semua itu dilakukan bagi menutup apa yang mereka buat lah. Sudahlah memerintah



dah berapa abad, sedap pula dia mengumpul harta. Kemajuan apa yang dibawa di Kelantan melainkan projek yang serba tak siap. Berapa banyak masjid yang dibina PAS selain masjid tinggalan binaan BN?

Tak mengapalah, nasib baik Tok Him orang yang gentle man. Tak mahu merosakkan mood mengundi rakyat. Yelah, kalau dibuat laporan sekarang, mau haru juga rakyat Kelantan meleleh air mata kalau terbukti betul harta yang dikumpul TGNA sampai berjuta nilainya.

Nampaknya, Tok Him pun bijak membuat keputusan. Mahu bertanding dan berkempen cara bersih. Beliau juga nampaknya mengambil pendekatan yang baik agar tidak berlaku apa-apa kekacauan melibatkan kedua-dua penyokong parti masing-masing.

Sama-samalah kita berdoa, agar pilihan raya yang bakal berlangsung beberapa hari lagi ini akan berjalan dengan aman dan bersih. Moga apa yang terjadi menjadi satu asas atau ukuran untuk apa yang akan kita lakukan pada masa hadapan.

Pilihlah dengan kewarasan akal dan keluasan minda kalian. Semoga semua rakyat Malaysia memperoleh keamanan selamanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts