Friday, May 3, 2013

Anwar Khianat Anak Gayong, PSSGM Gugurkan Jawatan Imam Khalifah

Oleh Zul Rawi

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia mengambil keputusan menggugurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Ketua Imam Khalifah yang dianugerahkan kepadanya beberapa tahun lalu.

Menurut waris keturunan mutlak mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datin Paduka Hajjah Siti Fadzilah bin Dato Meor Abdul Rahman, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mengkhianati anak-anak gayung seluruh Malaysia. Atas sebab itu PSSGM telah mengambil keputusan untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Imam Khalifah.

Anwar juga dikatakan telah memungkiri janji-janji yang telah diberikan sebelum ini. Antaranya untuk membangunkan serta menjaga kebajikan anak-anak gayung serta membina asrama di Gelanggang Gayong Gurun Kedah.

Selain dari itu Anwar juga dikatakan telah berjanji untuk melawat makam Datuk Mahaguru Pengasas Gayong dan membaik pulih tempat tinggal Datuk Meor serta mengadakan kenduri kepada semua anak-anak Gayong. Namun seperti kebiasaannya semua janji itu hanya tinggal janji.

Malah menurut Hajjah Siti Fadilah perjuangan Anwar juga dilihat bertentangan dengan pendirian anak-anak gayong seperti menyokong LGBT, pluralisme dan sebagainya.

“Saya selaku waris mahaguru mengumumkan bahawa sandang Ketua Imam Khalifah yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tergugur dengan sendirinya kerana perjuangan beliau tidak selari dengan perjuangan Silat Seni Gayong.

“Beliau dengan jelas menyokong LGBT, pluralisme agama yang bercanggah dengan objektif dan misi penubuhan yayasan ini,” katanya ketika sidang media petang semalam.

Anwar yang terkenal dengan jolokan ‘Pemimpin Anugerah Tuhan’ sebelum ini telah diberikan gelaran gayung pada tahun 2007, oleh Setiausaha Agung PSSGM, Cikgu Majid Mat Isa di Penanti Bukit Mertajam.
Menurut rekod Anwar adalah merupakan satu-satunya pemimpin bukan ‘anak gayung’ yang telah dilucutkan dari gelaran tersebut.

Ketika diminta mengulas lanjut, Hajjah Siti Fadilah nyata kecewa dengan tindakan Anwar malah menegaskan Ketua Pembangkang itu hanya ingin mengambil kesempatan terhadap pertubuhan dan anak-anak gayung demi kepentingan peribadi.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts