Monday, May 27, 2013

Syurga di bawah tapak kaki anak - Ibu pergilah minta maaf ngan anak dan bakal menantu ????

TANGGANG moden. Itu gelaran yang diberikan kepada pelakon drama Cinderella, Afiq Muiz yang menjadi perhatian umum ketika ini. Tak kira sebesar mana pun perbalahan yang berlaku antara sesama ahli keluarga, sebagai manusia yang waras, Afiq wajar menyimpan segala perihal baik buruk keluarga dalam kocek sahaja.

Ini tidak, sudahlah berbalah dengan ibunya sendiri, Afiq tidak rasional untuk menjadikan hal itu rahsia keluarga.

Sebaliknya bertindak melawan ibunya yang kemudiannya mendapat perhatian masyarakat sehingga menjadi topik hangat yang dipaparkan di media.

Menganggap ibunya mahu mencari publisiti murahan dan cuba memburukkan namanya dalam industri, Afiq yang turut mengheret nama teman wanitanya, Eina Azman dilihat sama naik mengeruhkan keadaan yang sedia ada.

Dek kerana keengganannya memohon maaf kepada ibunya, Hasliza Mohamad, lalu Afiq menjadi modal buat masyarakat umum melabelnya sebagai anak derhaka.

Bahkan, itu juga gelaran yang diberikan oleh ibunya itu selepas melihat perubahan ketara Afiq yang dianggap layak menerima sumpahan daripada mulut seorang ibu.

Hal ini menjadikan ramai mula bertanya, apakah Afiq benar-benar degil dan tetap dengan keputusan membelakangkan ibunya.

Ternyata Afiq memberi jawapan yang mengejutkan.

Pergi ke mana-mana sekarang ini, orang dah kenal dan label Afiq sebagai anak derhaka gara-gara kontroversi tiga penjuru antara Afiq, Eina dan ibu Afiq. Apa komen?

Sekarang ini, kalau saya komen apa-apa sekali pun, tetap saya akan dilihat sebagai anak derhaka. Orang akan tetap salahkan saya dan melihat saya sebagai individu yang jahat. Buat apa saya nak cakap banyak lagi?

Takkan nak berdiam diri kalau betul awak rasa diri tak bersalah?

Rasanya dah tak perlu saya beri sebarang penjelasan. Makin banyak saya beri kenyataan, makin banyak yang kritik dan salahkan saya. Orang lihat saya ini anak yang jahat dan semua yang mak saya buat betul.

Tak adakah rasa nak minta maaf kepada ibu untuk menjernihkan kembali keadaan yang kusut sekarang?

Minta maaf? Bukan saya yang perlu minta maaf. Dia (ibu) yang patut minta maaf dengan semua orang. Dengan saya, dengan Eina dan dengan keluarga Eina. Dia yang perlu tampil bersihkan dan jernihkan keadaan sekarang.

Syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Sanggupkah hidup di atas kelukaan hati ibu?

Dalam sejuta ibu, ada satu ibu yang macam ibu saya. Saya tak mahu cakap banyak. Nak buat macam mana saya dapat ibu yang macam dia. Orang yang tak faham, mereka tak akan faham. Semua kesalahan saya yang kena.

Selepas dua minggu kontroversi berlaku, macam mana Afiq melihat kes ini?

Benda sama saja. Malah makin teruk orang caci dan kutuk saya. Mereka tengok saya yang jahat sekarang ini. Entahlah.hd

3 comments:

  1. Hukum agama mana yang mamat ni pakai? Kalau dalam Islam mana ada ibu yang bersalah kat anak. Anak yang perlu memohon kemaafan dari ibu atas apa jua perkara yang menyakitkan hati ibu. JANGAN LAH KAMU MENYEBUT WALAU PERKATTAN AHH KEPADA IBU MU.Mana ada ibu yang perlu memohon maaf kepada anak. Dosa ibu hanya kepada Allah itu pun jika ada antara dia dengan anaknya. Ingat. Janji Allah itu pasti

    ReplyDelete
  2. Dia ingat syurga bawah tapak kaki dia kot..

    ReplyDelete
  3. Seorg anak mengadu kpd Rasulullah saw,
    "Wahai Rasulullah saw, saya mempunyai harta dan anak, tetapi ayahku ingin menghabiskan hartaku."
    Rasulullah saw menjawab,
    "Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu."
    HR Ibnu Majah.
    Jika dgn bapa pun sebegitu, apatah lagi terhadap ibu yg kedudukannya tiga kali lebih utama dr bapa. Mungkin sesakali ibu ada menyinggung perasaan kita, tp ingatlah kita lebih banyak menyinggong dan menyakitinya sejak dr awal mengandungkan kita lagi. Apa pun anak harus mengalah, kalau ibu kafir sekali pun wajib juga kita berbuat baik terhadapnya. Insaflah utk kebaikan dan keselamatan kita sendiri.

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts