Friday, May 3, 2013

Ceramah Mustafa dicemari, penyokong Pas mahu Presiden PSM tarik diri

 Ceramah Mustafa dicemari, penyokong Pas mahu Presiden PSM tarik diri
Sebahagian penyokong Pas yang mengadakan demonstrasi di kawasan Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara
 Ceramah Mustafa dicemari, penyokong Pas mahu Presiden PSM tarik diri
Antara sepanduk yang menjadi perhatian.
 Ceramah Mustafa dicemari, penyokong Pas mahu Presiden PSM tarik diri
Mustafa berceramah di kawasan Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara. Di sebelah kanan beliau ialah Dr Nasir.
PETALING JAYA - Kempen membantah calon PKR kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim  memuncak malam tadi apabila sekumpulan penyokong Pas  mengadakan demonstrasi ketika Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berceramah di Padang  Awam, Seksyen 7, Kota Damansara.

Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam  bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.

Salah seorang penyokong   turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong  selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal  apabila ahli-ahli Pas tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.

Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong Pas dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu  menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi  meneruskan bantahan termasuk  mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.

Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan dikawasan itu kembali terkawal.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts