Thursday, May 9, 2013

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan angkat sumpah sebagai Menteri Besar NS Sabtu ini

mb baru1
 Seremban : 9 Mei : Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kekal sebagai menteri besar Negeri Sembilan dan akan mengangkat sumpah di hadapan  Duli Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Alamrhum Tuanku Munawir  Sabtu ini (11 Mei :  jam 10 Pagi)

Beliau yang telah mengadap baginda Tuanku pagi tadi di Istana Besar Seri Menanti setelah mendapat watikah dari Perdana Menteri untuk sekali lagi memimpin kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau juga akan melantik Exco Kerajaan Negeri Sembilan selepas majlis mengangkat sumpah.

Menurut beliau lagi , walaupun tiada wakil dari kaum Cina , kerajaan negeri tidak akan  meminggirkan mereka walaupun calon MCA tewas di kawasan majoriti rakyat berbangsa Cina, jelas beliau dalam satu sidang akhbar di Kelana Resort sebentar tadi.

Beliau akan terus melaksanakan dasar terbuka yang sedia ada dan akan meneruskan agenda pembangunan  negeri dan pertingkatkan  produktiviti Negeri Sembilan untuk menarik pelabur melabur di negeri ini.

Beliau juga menyeru agar semua rakyat kembali bersatu selepas PRU13 ini  dan lupakan segala yang menguriskan hati ketika berkempen dalam PRU 13 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts