Monday, May 27, 2013

Apakah Badan Perundangan Negara Telah Bertukar Menjadi Saviour of Anarchist?


tianchuaBebas-225x300

Anwar Ibrahim bukan kecik anak walaupun seorang yang keciciran dalam bidang akademik. Anwar Ibrahim mempunyai jaringan yang sangat besar dan akses untuk hampir ke semua bidang, termasuklah dalam perkhidmatan awam, kerajaan, badan kehakiman dan sebagainya.

Kesilapan besar Tun Dr. Mahathir yang menyangka, dengan membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan, akan mematangkannya dan membolehkannya memberi sumbangan berguna kepada negara ini, akhirnya menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim setaraf dengan TAHI BABI yang tidak boleh dikitar semula atau dibuat baja, bahkan kehadiran dan kewujudannya akan mencemar semua struktur dan strata di Malaysia.

Empat kali rayuan dan pujukan dibuat oleh Anwar Ibrahim sebaik-baik sahaja dia keluar dari penjara pada tahun 2005 untuk bertemu dengan Tun Mahathir, telah ditolak oleh mantan Perdana Menteri yang dilihat amat menyesali kesilapan besarnya membela seekor DAJAL LAKNATULLAH yang sedang berusaha memusnahkan negara ini.

Parasit-parasit upahan Anwar Ibrahim berada dalam semua sektor. Bahkan di semua perkhidmatan awam, parasit-parasit Anwar Ibrahim bagaikan sudah menjadi barah yang berakar umbi, dari peringkat atasan sehinggalah ke kerani cabuk.

Penolakan permohonan reman oleh polis terhadap Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim dan Tian Chua, sememangnya sudah dijangka dari awal. Bahkan pembebasan mereka secara serta-merta oleh majistret juga sudah dijangkakan.

Tanpa parasit-parasit Anwar Ibrahim dalam badan kehakiman, mana mungkin puak-puak berkenaan begitu berani melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini. Mereka tahu, undang-undang Malaysia ada dalam tangan mereka. Apatah lagi Majlis Peguam juga sudah menjadi sebahagian daripada jentera pembebasan buat Anwar Ibrahim dan gerombolannya.

Ada banyak persoalan yang muncul tentang sikap yang ditunjukkan oleh badan kehakiman di negara ini terutama apabila melibatkan Anwar Ibrahim dan gerombolannya. Petugas-petugas badan kehakiman seperti telah diugut dan diperas sehingga boleh menyebabkan mereka kehilangan jawatan dan kedudukan.

Dalam kes KALIMAH ALLAH misalnya, seorang hakim dengan sengaja enggan mempedulikan Fasal dalam Perlembagaan Malaysia yang melarang mana-mana pihak bukan Islam menggunakan kalimah yang digunakan oleh umat Islam secara meluas. Alasan perundangan yang diberikannya, membuatkan banyak pihak terutama sekali yang mempercayai Perlembagaan Malaysia adalah perundangan tertinggi di negara ini mulai keliru.

Barangkali badan kehakiman di negara ini hanya memikirkan tentang pendapat dan pandangan daripada puak Pakatan Rakyat semata-mata. Barangkali mereka memikirkan bahawa majoriti rakyat negara ini yang lebih ramai daripada puak Pakatan Rakyat, tersangat bodoh sehinggakan keputusan yang mereka buat tidak akan dipertikaikan kerana dianggap menghina mahkamah.

Serangan bertali arus oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap sistem perundangan negara, terutama sekali terhadap Peguam Negara tidak lama dahulu, masih segar dalam ingatan hampir semua orang. Begitu juga dengan serangan peribadi terhadap Ketua Hakim Negara melibatkan beberapa orang peguam kanan, menggemparkan negara.

Bermula dari situlah, badan perundangan negara kelihatan lebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya dengan keputusan-keputusan luar jangka, sama ada menerusi kelemahan Pendakwaraya atau keputusan hakim atau majistret yang terlebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya.

Ironinya, selepas banyak keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, terutama sekali saman fitnah, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak lagi memperkatakan tentang kebobrokan badan perundangan negara!

Kementerian Dalam Negeri dan PDRM kelihatan sedang bertungkus lumus untuk mengamankan negara ini daripada pengacau-pengacau yang tidak dapat menerima keputusan PRU13. Namun ramai juga yang menjangkakan, tugas Menteri KDN dan KPN bukannya semudah menangkap dan menahan, sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan satu lagi halangan besar iaitu MAHKAMAH DAN HAKIM.

Hari ini, kes mendapatkan reman melibatkan seorang majistret wanita, telah pun membuktikan kebimbangan berkenaan.

Adakah sudah sampai masanya untuk pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan majistret tersebut, memulakan gerakan mendedahkan, membogelkan dan menelanjangkan mana-mana majistret atau hakim yang kelihatan berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu sebelum ini?

Dan persoalan yang lebih penting, apakah badan perundangan negara ini sudah bertukar dari COURT OF LAW kepada SAVIOUR OF ANARCHIST?

Harap-harap ada penjelasan daripada majistret atau hakim yang membuat keputusan kontroversi seperti Majistret bernama NORASHIKIN SAHAT yang telah menolak permohonan reman PDRM terhadap Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim dan Tian Chua serta membebaskan mereka secara serta-merta!

sumber:Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts