Tuesday, May 7, 2013

Anwar !! Tanyalah sama Najib kenapa Najib tak goyang tentu Najib jawab Sabah kental tapi kamu yang goyang ..ahakzzz . #PRU13

Rumah telah siap tapi pahat masih berbunyi , pahat ini tidak akan berhenti berbunyi selagi cita citanya tidak tercapai. 

Saudara Anwar Ibrahim , dengarlah kamu di sini. Allah SWT tidak mengizinkan kamu menjadi Perdana Menteri , buatlah apa saja , tetap Allah  tetapo akan menafikan orang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tak kira lah Gila macam mana jadinya kamu. 

 Kamu pernah menghampiri kerusi ini dan tinggal senafas saja lagi untuk kamu dinobatkan sebagai Perdana Menteri , namun kerusi ini ditarik kembali oleh Allah SWT kerana kerusi ini bukan untuk kamu . Kenapa ? Tanya pada Najib lah seperti yang kamu nyanyikan. Tentu jawab Najib kerana dia yang lebih layak dan Sabah tidak goyang.

Bermacam macam cara kamu buat kerana mahu dan mengidamkan tempat ini. Hari ini kamu menyeru rakyt untuk keluar pada hari Rabu ini kerana kamu  mendakwa kamu mahukan permintaan mudah rakyat untuk pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan dipilih bertanggungjawab, telus serta bebas rasuah akan terus bergema di sebalik perhimpunan ini.

Bersih macam mana lagi. Jika kamu berjaya menjadi Perdana Menteri , baru kamu akan katakan ianya bersih. Jika tidak selagi itu kamu akan katakan kotor. Kamu sebenarnya yang kotor , terlalu banyak penipuan terlau banyak kejahatan dalam hati.

Jangan nafi hak kami yang telah memilih BN sebagai kerajaan. Majoriti yang memilih Najib sebagai Perdana Menteri kerana kami lebih yakin Najib dan bukan kamu. Itu hak kami memilih. Jangan rampas hak kami dengan kegilaan dijalanm raya. Kalau kamu kata ianya saytu pemilihan kotor, Kenapa Pulau Pinang Kelantan dan Selangor menrima pemilihan ini dan mengangkat sumpah menubuhkan kerajaan.

Anwar kami sudah terlau lama melayan kerenah kamu. Kami sudah bosan dengan kamu dan kami setuju dengan Tun Daim kamu sepatutnya dihantar ke hospital saja atau lebih baik , penjara kan kembali jika itulah tempat yang paling layak buat kamu. Kami mahu satu kehidupan yang harmoni dan aman damai. Anak anak ka mi mahu ke sekolah dan kami mahu ke tempat kerja dengan damai. Tolonglah kami tidak mahu berpolitik  sepanjang penggal hanya kerana kamu mahu jadi Perdana Menteri.

Kami berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang paling tegas kepada sesiapa saja yang menganggu keamanan negara. Tangkap saja Anwar ibrahim yang merancang mahu  menghuru hara kan Negara. Kembalikan ISA. 

oleh : Tepak Bersulam



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts