Thursday, May 2, 2013

RAHSIA 20 TAHUN DULU ANWAR DIDEDAHKAN..."DIA TAK MUNCUL..TAK BERANI".. #GE13 #PRU13


Nampaknya, gah Anwar akan ditabalkan menduduki kerusi utama di Putrajaya, jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan ramalan Pakatan akan menang PRU13. Tapi selalunya, ramalan politik oleh mereka yang memasang angan-angan untuk menjadi PM dan jemaah menteri lebih banyak berunsur ‘syok sendiri.’ Lagipun mereka ini tidak pernah memerintah Kerajaan Persekutuan.

Semakin hampir hari pembuangan undi pada 5 Mei, semakin galak pula Anwar dan para peminatnya berkempen memajukan wawasan angan-angan menjadi PM.
Malangnya, keghairahan itu tidak dikongsi oleh kebanyakan penyokongnya dan secara terbuka ada pemimpin Pas begitu skeptis menerima beliau menjadi PM.
Maknanya, selepas PRU13 ini, berkecailah akan mimpi Anwar untuk menjadi PM. Simbol mata lebam yang menjadi lambang PKR pimpinannya bakal kekal menjadi testimoni mengenai mimpi ngeri itu buat selama-lamanya.
Bagi mengimbangi pengaruh kebangkitan semula Islam yang dimulakan Pas, Anwar dibawa masuk Umno semata-mata bagi menghalang cita-cita Islam ala Pas itu. Dan seperti kata, sahabat Anwar, Cikgu Sidek, kemasukan Anwar dalam Umno dibantah Hadi Awang.
Sehubungan dengan impian menjadi PM, Anwar sedar jika tidak menyertai Umno peluang menjamah jawatan itu adalah, jika tidak mustahil sekalipun, amat sukar. Dengan demikian Anwar mencelupkan diri dalam Umno sebagai jalan pintas ke Seri Perdana (kini Putrajaya). Melalui bantuan Dr Mahathir, cita-cita Anwar makin hampir.
Bagi sebahagian rakyat dan dunia Barat, tak ada siapa tak percaya kalau Anwar tak jadi PM melalui Umno berbanding melalui Pas.
Anwar melihat laluan ke Putrajaya agak mudah kerana pada hematnya rakyat sudah berkompang menunggunya sejak 1981 lagi. Kajian demi kajian membuktikan dia adalah calon paling wajar berbanding calon-calon seperti Hadi ataupun Nik Aziz.
Namun kini halangan utama Anwar bukan lagi sekadar Umno yang pernah mengutip dan kemudian menyingkirnya ketika mana dia sudah begitu hampir ke kerusi PM. Tapi halangan besar Anwar adalah datang daripada rakan-rakan seperti Cikgu Sidek, Dr Hassan Ali dan lain-lain.
Tentu sukar baginya menepis tuduhan mereka yang dikenali sejak zaman seluar bell bottom lagi. Usaha terbaru ialah menggunakan “fatwa” ulama tersohor, Sheikh Yusuf Qaradawi. Surat “endorsement” Anwar sebagai PM ditandatangani sendiri oleh Sheikh Arab itu. Betulkah?
Sukar mempercayai isu-isu yang dulunya dekat di hatinya kini digunakan sebagai senjata oleh penentang. Isu kalimah ALLAH, LGBT, pluralisme dalam agama dan sebagainya menjadikan umat Islam termasuk puak dalam Pas mencurigai.
Saya teringat perbualan dengan Yahya Ismail atau Pak Ya mengenai Anwar. Katanya isu Anwar adalah isu lama yang kini menghantui tokoh itu semula. “Aku dah tulis hampir 20 tahun dulu, malah aku ajak dia bersumpah, tapi dia tak muncul... tak berani.”
Kini, Pak Ya bukan saja menulis mengenai moral Anwar, ia juga turut berceramah termasuk di Permatang Pauh. Anwar harus dihalang ke Putrajaya. Ia satu jihad bagi Pak Ya, begitu juga ramai rakan lain.
Justeru, jika betul sekalipun ada surat sokongan daripada Yusuf Qaradawi, dia sudah tentulah tidak mengetahui perkara yang diketahui oleh Pak Ya dan lain-lain kenalan rapat Anwar yang sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
PRU13 adalah percubaan terakhir buat Anwar – misi hidup mati. Pelbagai gula-gula dia janjikan. Kononnya harga minyak akan turun serta-merta. Begitu juga dengan cukai jualan kenderaan bermotor dan pendek-kata macam-macam lagi.
Jika pemimpin Arqam Ustaz Ashaari masih hidup, beliau yang pernah makan bersila di atas lantai dengan Anwar tentu boleh menceritakan tentang janji Anwar. Begitu juga Allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang terpedaya dengan janji Anwar menyertai Pas.
Tanyalah sesiapa yang pernah dijanjikan Anwar pelbagai perkara ketika dia berkuasa dulu. Kalau hal itu tidak membawa kepentingan politik kepadanya, maka janji tinggal janji sahaja.
Kepada mereka yang nak mengundi pembangkang, ingat jangan menyesal sekiranya ‘apa yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran’. - SH

3 comments:

  1. JIKA ORANG MELAYU MASIH NAK BERSAMA DENGAN PEMINAT SEKS SONGSANG TAK TAHU LAH APA NAK CAKAP LAGI. AGAKNYA DAH KETANDUSAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA NAK DIPILIH MENJADI PEMIMPIN HINGGA SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN MANUSIA YANG KATA SEMUA AGAMA SAMA. YANG SOKONG PERGERAKAN LGBT....pelik-pelik.

    ReplyDelete
  2. adaakukesahkanciterkauMay 3, 2013 at 7:16 AM

    INI SEMUA POYOSSSS...

    ReplyDelete
  3. adaakukesahkanciterkauMay 3, 2013 at 7:16 AM

    INISEMUAPOYOSSS

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts