1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan
inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0
iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April
2012.
Kerajaan
telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh
wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai
penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan
apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada
tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19
April lalu:
Bersihkan senarai undi
|
-
|
SPR
juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada
mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai
pengundi. SPR
setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di
mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
|
Reformasikan Undi Pos
|
-
|
Rakyat
Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos
Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di
negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini
kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar
mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika
di sini.
|
Gunakan Dakwat Kekal
|
-
|
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
|
Akses Media yang Bebas dan Adil
|
-
|
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua
media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing
dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka
wakili.
|
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
|
-
|
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
|
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara,
tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan
Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh
kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan
transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah
dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan
kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di
dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan
ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya
apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka
siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri
oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari
satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari
politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik
kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk
pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam
menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan
kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian,
dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi
berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain
itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak
keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan
datang.
Kita
pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar
sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan
untuk mengadakan demonstrasi. Dan
percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita
bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan
yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana
bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti
rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf
sebagai bersih.
No comments:
Post a Comment