Tuesday, April 10, 2012

Bershit 3.0 Direncana Kerana Pembangkang Tertekan Dan Terdesak

aljundi

Ketua Penerangan “Muslimut” PAS, Aiman Athirah Al-Jundi (yang “berdisko” di himpunan 901 depan Mahkamah Jalan Duta) mendakwa bahawa UMNO – BN “tertekan” menghadapi perhimpunan Bershit 3.0 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April in

Katanya, dia kecewa dengan penolakan laporan minoriti oleh Dewan Rakyat. Kononnya, tindakan itu “tidak demokrasi” dan menghina rakyat. Dia juga mendakwa bahawa wujud konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi dalam PRU nanti.

Tapi, dia memang marah sangat apabila pihak kerajaan tidak membenarkan Dataran Merdeka jadi tempat berhimpun Bershit 3.0. Kerajaan menjelaskan bahawa Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai tempat himpunan aman.

Saya tidak fikir kita patut bersetuju dengan “kaki disko” ini. Menolak laporak minoriti adalah normal dan ia jelas menunjukkan demokrasi. Yang majoriti mengatasi minoriti, itu hukum demokrasi. Saya tak pernah dengar pula minoriti berjaya mengatasi majoriti! Agaknya otak Al-Jundi ini terbalik, kot?

Saya melihat, pihak yang tertekan sekarang ialah pihak pembangkang dan bukannya kerajaan. Mereka sedar, penyelesaian memperbaiki proses PRU melalui PSC baru-baru ini jelas membuktikan bahawa kerajaan juga mahukan pilihanraya yang telus.

Justeru kegagalan mereka mahu memburuk-burukkan kerajaan dan SPR itu gagal, mereka rasa tertekan. Bila tertekan dan terdesak begitu, mereka cari jalan lain dan mengembalikan Bershit di jalanan.

Jadi, tiada jalan lain maka mereka terpaksa memperalatkan Pak Samad Janggut dan Ambiga untuk menganjurkan Bershit sekali lagi. Dengan harapan, rakyat akan melihat kerajaan dan SPR masih kotor…

Secara tidak langsung, sebenarnya mereka telah mengalihkan tekanan mereka itu kepada rakyat. Rakyat di ibu negara terpaksa menghadapi huru-hara semula. Jalanraya dijangka ditutup dan banyak pengangkutan awam juga tidak akan beroperasi.

Selain itu, rakyat juga terpaksa menjauhi Kuala Lumpur sekali lagi. Banyak premis-premis perniagaan dan perkhidmatan juga akan tutup yang akan menyebabkan banyak peniaga kerugian. Untuk rekod, Bershit 2.0 yang lalu telah menyebabkan sektor pelancongan rugi lebih RM6 juta. Itu baru sektor pelancongan sahaja dan belum lagi disebut sektor lain.

Jelas rakyat khususnya yang tinggal di ibu negara tertekan dengan kejijikan permainan politik pembangkang ini. Mereka suka-suka berhimpun bagi kepentingan politik palsu mereka dan menggadaikan kepentingan warga kota dan rakyat dari negeri lain yang mahu ke ibu negara pada hujung April ini.

Justeru melihat rakyat tertekan, UMNO – BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab juga turut tertekan bersama rakyat. Rakyat sengsara, UMNO – BN tidak akan duduk diam…

Saya percaya, kerajaan dengan kuasa yang ada akan cuba sedaya upaya meringankan tekanan rakyat dengan menghalang huru-hara 3.0 yang bakal dianjurkan pembangkang itu.

Ya. Memang benar Dataran Merdeka bukanlah lokasi yang diwartakan untuk himpunan aman, apatah lagi perhimpunan haram! Dan jangan harap sangat Kerajaan akan berikan permit selepas apa yang terjadi pada Bershit 2.0 pada Julai tahun lalu…

Dan sekali lagi, tekanan itu kembali kepada pihak Bershit yang di dalangi oleh pihak pembangkang. Dan saya percaya, himpunan kali ini akan jadi lebih tidak terkawal berbanding sebelum ini.

Dulu, kerajaan tidak benarkan Bershit 2.0 berhimpun di jalanraya sekitar Kuala Lumpur dan suruh mereka berhimpun di stadium Bukit Jalil atau Stadium Melawati Shah Alam. Tapi mereka degil dan membanjiri jalanraya jugak. Maka macam-macam yang tidak sepatut berlaku telah berlaku…

Ingat kisah Anwar “koma”? Ingat kaki Mat Sabu “hancur remuk” dilenyek kenderaan polis? Ingat bagaimana Suhardi “mati hidup semula”? Dan ingat lagi tak tentang lelaki yang meninggal dunia disebabkan oleh himpunan anjuran “ketua LGBT” tu?

Apakah kali ini Anwar mahu “terus koma” tak bangun-bangun? Mahukah Mat Sabu “hilang terus kedua-dua” kakinya? Mahukah Suhardi “mati betul-betul”? Dan berapa ramai lagi yang perlu meninggal dunia kerana agenda palsu Ambiga?

Siapa kata rakyat sokong himpunan Bershit 3.0? Hanya pembangkang saja yang sokong. Rakyat, khususnya di KL memang marah dengan penganjur dan pembangkang yang menyusahkan hidup mereka. Dan UMNO – BN pasti akan pastikan rakyat terbela dari pembangkang yang tertekan itu…

mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts