Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara
dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang
berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan
baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA
yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu
upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara
kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua
Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang
beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan
memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat
dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan
istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan
lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan
diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara
discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak
langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di
istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up
klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi.
Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana
sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini
memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan
Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera
pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang
bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf
kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr.
Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC
saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini
adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan
beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang
baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan
apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli
parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan
isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah
Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.
Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit
dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk
di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan
serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula
dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib
Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun
berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali
berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.”
Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan
hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja,
maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM.
Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah
mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan
kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa
Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan
penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak
menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan
berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan
jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr
Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam
poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan
mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak
boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita.
Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan
jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati
protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang
merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu
hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli
Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya
perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi
balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap
kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang,
ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka
yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan
rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri.
Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli
Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib,
berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah
tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah
lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika
menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun.
Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana.
Lihatlah
di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan
mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan
dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia
perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang
kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.
lnilah 'budak-budak' yang tidak pernah bekerja dengan kerajaan dengan General Order...dapat duit senang dengan rasuah, pink form dan jadi proksi...perangai macam budak-budak. Saya bukanlah penyokong mana-mana puak, tapi saya menyokong manusia yang berdab,beradat dan saling menghormati. Amat memalukan para pengundi yang mengundi. Azmin,Tian Chua dan lain-lain....LANCAU lu....
ReplyDeletePuak puak ini mmg tiada rasa hormat dan sentiasa
ReplyDeletenk membangkang,mencaci,maki,hamun dan seangkatan
dgnnya,sebaiknya tinggalkan saja bumi MALAYSIA ini,
pi la duduk dlm hutan..
Tian Chua xabis abis menyalahkan pemerintah atas apa yg berlaku
Wei!!lu mkn taik,lu bole ckp org laen kasi/suruh/paksa lu mkn.
Otak/akai lu mana tarok..menggong la lu
Rkyat yg cintakan keamanan PRU13 nnt tolak la pemimpin
yg tiada etika kepimpinan,jgn tertipu lg!!!