Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian
Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan
Sahabat-sahabatnya.
doaku sempena hari yang indah ini
Terima
kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga
untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap
cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang
Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau
berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
YA
ALLAH... begitu pantas masa ini berlalu... pejam celik, pejam celik..
daku kini semakin dewasa meniti usia dalam mencari sebuah kehidupan..
dalam keperitan tetapi daku masih berpijak di bumi ini dalam mencari
kebahagiaan.. begitu pantas masa berlalu.. hari ini usiaku bertambah
lagi.. semoga hari - hari yang daku lalui sentiasa
dirahmatinya..insyaallah...
Ya
Allah... panjangkanlah umurku untuk aku terus beribadah padamu..
restuilah aku selalu agar setiap amal dan perbuatanku mendapat
rahmatMU... terima lah taubatku agar aku berada dikalangan orang - orang
yang tidak lalai dan rugi... murahkanlah rezekiku dan biarlah ianya
dari sumber yang halal agar darah dagingku ini suci dan hatiku mampu
terjaga supaya terus tunduk padaMU... Selamatkanlah aku di dunia ini
dari penyakit yang merbahaya dan mala petaka... tabahkan hatiku dalam
mengharugi setiap dugaanMU.. Berilah aku kesihatan yang baik agar aku
dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMU YA AllaH... Berikan
aku kebahagiaan yang engkau kehendaki padaku...
Engkau
tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan
khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar
kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut
merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan
hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan
kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan
aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan
kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali
kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada
masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih
sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam
usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia
yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia
meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al
Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan,
kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa
berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya
Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu
ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan
kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan
mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa
agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah
tanpa cela.
Ya
Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar
aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku.
Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan
sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima
kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh
pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
Terima Kasih kepada semua kawan kawan yang mengigati dan menghantarkan ucapan hari lahir buat ku.
No comments:
Post a Comment