Tuesday, April 3, 2012

Mereka tidak gentar , Bujur lalu Melintang Patah !! KAMI TELAH BERSEDIA ..

Seliau 2 April: TB sempat meninjau  persedian pilihanraya  Pemuda UMNO Rembau di mana  tiga cawangan Kg Seliau , Kg Seliau Baru , Kg Saga telah mengadakan satu Majlis pemimpin bersama Pemuda UMNO,

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang merupakan  ADUN DUN Rantau  telah turun untuk bertemu dengan pemuda gabungan tiga cawangan ini, Turut hadir Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin merangkaP Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Majlis yang bermula pada jam 9 malam berjalan dengan suasana yang santai dan harmoni di mana banyak penerangan yang telah diberikan oleh Menteri Besar dan juga YB Khairy Jamaluddin untuk input kepada jentera pemuda UMNO  bagi menghadapi PRU 13 nanti. MENteri Besar juga telah menyampaikan  Vest dan bendera secara simbolik bermakna  bermulalah persediaan untuk pemuda UMNO tiga cawangan ini bagi menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila bila masa saja.

Menteri Besar berharap mereka dapat membuat satu persediaan yang  terbaik kerana  untuk turun berperang jentera perlu mambuat persediaan yang terbaik bagi mendapat kemenangan .Hanya yang terbaik saja yang akan memenangi perperangan. 

Turut hadir  , Dato' Ab Ghani Hj Hasan Timbakan Pengerusi Jentera Pilihanraya  DUN Rantau.











No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts