PADA siapa yang belum kenal, penulis nak
kenalkan disini ADUN PAS untuk kawasan Paroi Negeri Sembilan bernama
Taufek Abd Ghani. Kelulusan dan kehebatannya sebagai ahli politik tak
seberapa tapi kerana dia adalah satu-satunya ADUN PAS dalam DUN Negeri
Sembilan, maka media rasmi PAS nampak dia sajalah dibanding pemimpin PAS
negeri yang lain.
Kenapa namanya penulis sebutkan hari ini
walaupun dia hanya ADUN cabuk yang menang nasib di Paroi kerana kawasan
itu terletak dibawah Parlimen Rembau yang diwakili Khairy Jamaluddin?
Apa kepentingannya?
Sebabnya ialah, buat julung-julung dan
jalang-jalang kalinya Taufek memberanikan diri berbicara tentang hal
nasional iaitu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional
(PTPTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Tapi sedihnya, tindakan yang
julung-julung kali yang sepatutnya menjadi bukti kehebatan Taufek,
berubah menjadi kejadian yang benar-benar memalukan PAS sendiri, kerana
nampak sangat ADUN PAS yang satu ni tak reti mengira!!!
Dalam artikel itu, Taufek menuduh
kerajaan Malaysia membelanjakan lebih banyak wang untuk peserta PLKN
dibanding dengan pelajar IPTA/IPTS. Kata Taufek, kerajaan belanja
RM6,931 bagi kursus PLKN tiga bulan, sementara PTPTN beri pinjaman RM
5,000 – RM 7,000 setahun untuk pelajar institut pendidikan tinggi.
Sekali pandang macam betullah dakwaan
Taufek, tapi bila tengok betul-betul, jelaslah sebenarnya Taufek dan
Harakah (yang menyiarkan berita ini) cuba mengelirukan rakyat.
Buktinya, PTPTN belanja antara RM 5,000 –
RM 7,000 SETAHUN untuk pelajar IPTA/IPTS, sedangkan berapa tahun
diambil untuk menghabiskan ijazah pertama? Paling kurang 3 tahun
manakala Diploma 2 tahun!!
Setelah didarabkan, jelaslah bahawa
dakwaan PAS itu tidak benar sama sekali dan semata-mata untuk
mengelirukan rakyat kononnya kerajaan belanja lebih banyak untuk PLKN
dibanding dengan PTPTN.
Belanja sebanyak RM 6,931 untuk seorang
peserta PLKN itu juga bukan membazirkan wang rakyat (kalau Tauffek cuba
nak menjuruskan ke situ).
Sebab, PLKN ini memberikan impak ekonomi
kepada masyarakat luar bandar (kem PLKN kebanyakannya berada di luar
bandar) dimana lokasi kem PLKN berada. Yang supply kuihnya, yang masak
makanannya dan macam-macam lagilah.
Semua ini sengaja tidak dijelaskan oleh
PAS kerana mereka tidak berminat dengan kebaikan yang dilakukan
kerajaan, yang mereka minat ialah macam mana nak bagi rakyat marah dan
benci pada kerajaan.
Psikologi pemberitaan seperti ini
sebenarnya memang jadi modus operandi biasa media kawalan pembangkang.
Ini bukan kali pertama, malah setiap berita yang ditulis mereka semua
menggunakan pendekatan yang sama, tidak pernah berubah dari dulu sampai
sekarang.
Cerita separuh benar yang diselang selikan dengan fakta mengelirukan.
Yang penting penulis nak rakyat tahu, ini
bukanlah pendekatan berpolitik yang baik dan patut dicontohi, apatah
lagi dilakukan oleh parti yang masih perasan memperjuangkan Islam
sedangkan perjuangan itu telah lama diubah kepada negara berkebajikan.
Kita perlu ramai-ramai menolak pendekatan
sedemikian kerana ia hanya menjadikan kemarahan dan kebencian rakyat
kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan.
Taufek sendiri pun akan ditolak orang DUN
Paroi kerana dia hanya aktif sebagai ADUN penerima aduan sahaja, cuba
selesaikan pun tak pernah. Yang selesaikan ialah kerajaan negeri
melalui Pusat Khidmat BN disitu.
sumber mykmu.net
No comments:
Post a Comment