Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL
Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.
Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi.
Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat
artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy
Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.
Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan
Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M)
Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan
Rafflesia-Mandalay berserta trofi.
Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah
arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran
Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan
terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront
Palarae dan Syamsul Yusof.
Aaron mengucapkan Terima Kasih dan salam 1 Malaysia dan berbangga kerana dapat bersama dengan 1 Malaysia. Kami juga dengan Aaron .Thaniah atas kemenangan Aaron.
Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.
Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan
Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk
Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars,
di sini.
Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media.
ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu
acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi
borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara
ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan
penyiaran.
SENARAI PEMENANG ABPBH 2011
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
No comments:
Post a Comment