Wednesday, April 4, 2012

Menantu aku kena samun, rugi 20 ribu hinggit

Malaysia sememangnya sebuah negara yang sudah tidak selamat lagi. Setiap hari kalau Abang Nara baca suratkhabar, macam-macam kes rogol, samun dan penculikan.  Dan yang terbaru, pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam. nadia mustafar disamun Kesilapan Nadia ialah meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang di dalam kereta Toyota Camry miliknya. 

Sememangnya godaan beg tangan di tempat duduk penumpang sebegitu amat tinggi untuk penyamun-penyamun yang semakin rakus di Malaysia. Akibatnya, seorang penyamun yang masih bertopi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan Nadia. Kata Nadia:- Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. 

Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi.Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja Semoga kejadian yang menimpa Nadia ini menjadi pengajaran untuk kita. Sama-samalah kita lebih berhati-hati selepas ini. Pesan Abang Nara, jangan letak apa-apa barang di tempat duduk penumpang. Penyamun memang suka benda-benda sebegitu.

Berapa bulan yang lalu suami Nadia, dipukul oleh gengster seramai 20 orang  di sebuah Kelab . Dada aku masih membuak lagi sebab anak buah aku kena pukul dengan gengster  haramjadah. Aku duk peratikan dan masih nak kenal pasti siapakah gengster itu.Suami Nadia ini anak kakak sepupu aku yang telah pulang kerahmatullah tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts