Thursday, February 28, 2013

Pilihan raya media sosial - PM


Najib Tun Razak bergambar bersama sebahagian pengamal media sosial selepas menyampaikan ucapan sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2013 di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Rais Yatim (dua dari kiri) dan Shahul Hameed Shaik Dawood (empat dari kanan) -

 Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi akan menjadi pilihan raya media sosial pertama di negara ini apabila internet digunakan sebagai salah satu cara untuk berkempen.

Perdana Menteri berkata, walaupun media sosial bukan faktor terbesar bagi menentukan keputusan pilihan raya, namun beliau percaya penggunaannya pada musim pilihan raya itu akan meningkat secara mendadak terutama perdebatan mengenai isu politik.

"Selama ini pun kita telah melihat bagaimana media sosial menjadi pemangkin untuk ahli-ahli politik berkomunikasi dengan masyarakat dan ini merupakan perkara yang baik.

"Oleh itu sudah pasti ketika musim pilihan raya akan berlaku perdebatan politik sekali gus mengundang lebih ramai pengikut media sosial untuk membincangkannya,'' katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Minggu Media Sosial Malaysia 2013 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengasas serta Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Shaik Dawood.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut menerima Anugerah Kepimpinan Media Sosial daripada Dewan Media Sosial Malaysia.

Perdana Menteri merupakan pengguna media sosial yang amat aktif dan tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan dirinya dengan rakyat.

Untuk rekod, sehingga kini jumlah pengikut Facebook Perdana Menteri adalah 1.4 juta manakala pengikut akaun Twitter miliknya mencecah 1.2 juta.

Dalam ucapannya itu, beliau mahu pengamal-pengamal media sosial di negara ini sentiasa menjaga etika dan tanggungjawab kerana media tersebut juga mempunyai kesannya kepada masyarakat.
"Kita harus matang dan mempunyai sikap bertanggungjawab dalam kita menjadi pengamal-pengamal media sosial,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bagaimana pengalamannya menggunakan media sosial bagi mendapatkan cadangan serta idea daripada rakyat pelbagai lapisan untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2013.

"Hasilnya, saya menerima beribu-ribu cadangan serta idea daripada mereka dan ada di antaranya kita telah masukkan ke dalam draf Bajet terakhir.

"Selepas pembentangan saya juga menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan rakyat melalui talian video. Tujuannya untuk saya memberi penjelasan kepada mereka mengenai bajet berkenaan,'' ujarnya.

TB : Macam tak pernah tenguk pun diorang ni. Blog mana FB m,ana diorang amalkan. saja nak tanya , macam dah ketinggalan zaman TB ni or ..........Yg kenal PM dan Rais Yatim aja.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts