Monday, February 25, 2013

Lawatan PM mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada BN - BN NS Yakin kembalikan majoriti 2/3

Selepas  subuh semalam aku bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman ku untuk bersama sama rakyat Negeri Sembilan meraikan kedatangan Perdana Menteri ke Negeri Sembilan sambil mahu merakamkan gambar gambar untuk tatapan pembaca blog aku.
 
Jam  8.00 pagi aku sampai ke Dewan Perbandaran Seremban untuk sama sama menjadi saksi kepada satu perasmian yang akan merubah kehidupan anak anak muda yang baru sahaja membina keluarga dan yang  berangan angan mahu mendapatkan rumah sendiri tetapi tersepit dengan harga rumah sekarang yang sukar untuk mereka miliki.
 
Pagi ini akan diadakan pendaftaran terbuka proijek perumahan PRIMA dan juga Seremban Sentral yang kan "Momodenkan" Seremban , kata Perdana Menteri. Menteri Besar mengumumkan lebih dari 6000 unit yang sedang dibina di beberapa lokasi di Seremban. Pendaftaran juga di buka kepada semua anak anak Negeri Sembilan pada majlis perasmian berkenaan dan juga boleh mendaftar online,
 

Perdana  Menteri kemudian telah bertemu dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional di hotel Alson kelana . Hampir 10 ribu  yang membanjiri hotel berkenaan tengah hari semalam. Perdana Menteri kemudiannya terus berangkat ke Politeknik Port Dikson  untuk program seterusnya dalam lawatan sehari ke Negeri Sembilan ini. Perdana Menteri telah disambut oleh lebih 11 ribu rakyat khususnya dari kaum India dalam program Mengubah Distinasi Anak India  Malaysia.  Sambutan hangat oleh Masyarakat India ini kepada Perdana Menteri ini nyata rakyat India Negrei Sembilan sudah berubah dan kembali kepada Barisan Nasional. Port Dikson semalam seperti telah manjanjikan bahawa Barisna Nasional akan merampas kembali kerusi kerusi yang terlepas pada PRU12 yang lalu.


 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts