BATANG
KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang
menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham
meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan
muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang
air besar.
Bapanya,
Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun
sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut
menyebabkan berat badannya susut.
“Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.
“Selepas
dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak
kemudian dia direhatkan selepas itu,” kata beliau ketika ditemui di
Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.
Menurutnya,
kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air
besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
“Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
“Lebih
kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan
keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya
membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan
meninggal dunia,” katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut
hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman
Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam
pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham
Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah
menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital
termasuk kaedah tradisional.
Beliau
pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis
dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan
MPSJ.
IF YOU SUPPORT ME be my honarable guest Klik Here and klik the button like.
IF YOU SUPPORT ME be my honarable guest Klik Here and klik the button like.
Al fatehah..semoga roh beliau brada bersama org2 beriman..amin
ReplyDelete