Tuesday, February 12, 2013
IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
Kalau suka klik dan like this page TQ ----
IF YOU SUPPORT ME be my honarable guest Klik Here and klik the button like.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(463)
-
▼
February
(64)
- KALIMAH biaDAP
- Pilihan raya media sosial - PM
- Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?
- P Balasubramaniam kembali ke Malaysia untuk tabur ...
- Anwar tuduh UMNO Lagi dan jelas Anwar semakin ter...
- Lawatan PM mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada...
- Md Azmi Ismail pelihara 700 anjing - Apa nak haira...
- Perhatian Untuk Semua Rakyat Malaysia!
- AKU SIMPAN TENAGA DAN SENJATA RAHSIA SEMENTARA MEN...
- BERITA TERKINI !!! SAH FIZZ FAIRUZ DIANIAYA DAN PE...
- ANWAR BOROS GUNA DUIT RAKYAT BELI TRANSFORMERS
- PAS PENING LALAT BN CALONKAN ULAMA' :: HABIS DAH U...
- Masya Allah.... Pemimpin PAS Semuanya BODOH Macam ...
- Yuna Dan Jules Akan Berkahwin ???
- Xenophon pernah bikin hal dgn Felda
- Tanya Aspan Alias ini bukan ke parti rasis -lihat ...
- TAUFEK PERLU JELASKAN PENDIRIAN NYA MENGENAI KALIM...
- Mahathir: Bahaya jika kebebasan media alternatif t...
- ASPAN PERLU CUCI KANDANG BABI DULU SEBELUM CUCI YA...
- LAWAK TERKELAKAR SALAHUDDIN AYUB @ DIN PUDURAYA
- Keputusan Real Madrid vs Manchester United 14 Febr...
- Anak siapalah yang bunuh diri kat Time Square ini....
- Puteri Umno yakin rakyat Sabah pilih semula BN
- Umno tak pernah tipu Pas, kata Mahathir !!! Habis ...
- Isyarat lucah: Juruukur dijel, denda RM8,000 : Pat...
- HADI LAWAN NAJIB DI PEKAN DAN KHALID UMUM BUBAR DU...
- HOT : CINA FU*K YOU MINTA MAAF PADA DYMM PERMAISUR...
- Manchester juara EPL sama macam BN juara PRU13
- Jangan biar ejen catur kerjaya
- IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!
- PSY SIAP TWEET LAGI 1 MALAYSIA : GUAN ENG HANYA BO...
- PATRICK TEOH DIAMBIL KETERANGAN OLEH POLIS
- A NAK HERAN PAS NI PASAL LIMAU BOLEH MASUK TELANJA...
- aruk Cili Sikit : Kita mata dan telinga kaki dan t...
- Ustazah Maggie ini kantoi lagi ngan laki orang ??
- Hobi Isteri Lim Guan Eng Lawat Laman LUCAH !!!
- LIHAT SHILA AMZAH MEROYAN NANGIS NYANYI LAGU OMBAK...
- Mujur adik bongsu aku selamat dalam kebakaran kere...
- Kerjaya seni tidak menjanjikan kemewahan : Al fat...
- Terima keputusan PRU13, Najib nasihat pembangkang
- Santai Pagi Sabtu : ND Lala patut tak payah layan ...
- ND LALA : ZACK CAKAP (KAWAN ANDY SEMASA BUJANG) T...
- Pilih kerajaan yang tepati janji
- Jom mandi air panas Selayang !!! Kenapa ramai apek...
- Apa macam Guan Eng.... berani ke?
- BILA AHLI PARLIMEN PAS MASUK TV3.
- Aspan patut tulis pasal penyelewengan pemilihan DA...
- KALAU AKU JADI NIK AZIZ AKU TERJUN LOMBONG BILA TU...
- GAMBAR JUARA REALITI TV YANG DI TAHAN REMAN KERANA...
- aduh siapa pula juara realiti yang di tahan reman ...
- Zizan Raja Lawak Lupakan Juliana Evans
- AISHAH AKAN DI KORBANKAN SEBAGAI CALON PAS PADA PR...
- Ustaz Azhar Idrus makan makanan MC Donald : Cakap ...
- Jenazah dikebumikan selepas solat Isyak di tanah p...
- Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil
- PKR bertambah biadab dan kurang ajar di Taman Angs...
- Nik Aziz bagaikan Firaun yang nyayuk sejak sambut...
- Bekas Pemain Bola Selangor pulang ke rahmatullah
- Memey Selamat Lahirkan Anak : Abby gigit jari ah....
- ANTHONY LOKE DI NASIHATKAN JANGAN BAKAR API PERPEC...
- Pentingnya menjaga perasaan Ibu
- Sharnaaz Ahmad Cabar ND Lala Jadi Lelaki (Budak ni...
- Mahathir yakin BN kekal kuasa
- Sayang Shae Artis Indon yang kasi goyang Malaysia
-
▼
February
(64)
Cili Api Bloggers
Politik N9
PRU13N9
Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)
My Blog List 2
-
-
PENGARUH WAHABI TERHADAP GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM ANTARABANGSA - Artikel Sebelumnya : *TENTANGAN TERHADAP DAKWAH WAHABI* Adalah suatu hal yang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa sesungguhnya pergerakkan Wahabi atau le...3 months ago
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...10 months ago
-
-
The Guidelines Of Texting - Texts No Man Should actually deliver To A Woman Texting is actually a vital part of the this courtship. We figured we’d communicate with some women about m...2 years ago
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan - MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua...3 years ago
-
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID - Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa sangka PH h...3 years ago
-
倉敷 風俗 中出し主婦 セフレ農家体験で抱かれる塾女無料 - 【アダルト 熟女】本気なのにセフレ 無料出会い系サイトタダアイくらぶセフレ 信頼関係素人 おまんこ女性エッチの仕方変わる?相手によって八戸 神待ち,シングルマザー えんこう釧路 ホスラブ 出会いパパ活女子高生滋賀 割り切... The post 倉敷 風俗 中出し主婦 セフレ農家体験で抱かれる塾女無料 f...4 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
RAKAMAN SUARA LATHEEFA KOYA SEBENARNYA NAK TUTUP PENGKHIANATAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN PEMIMPIN PAKATAN, YANG BERJAYA DIRAKAMKAN BADAN PERISIKAN NEGARA, KAN? - Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membabitkan 9 rakaman suara kepada media dan awam atas alasan kepentingan awam, ternyata ...4 years ago
-
BANI JAWI HAQ ALLAH HU TA'ALLA - [image: Tiada penerangan foto disediakan.] [image: Tiada penerangan foto disediakan.] [image: Imej mungkin mengandungi: kasut] [image: Imej mungkin meng...5 years ago
-
BAHANG PRK PORT DICKSON DISIMBAH HUJAN RAHMAT ALLAH S.W.T - Pada mulanya, ramai penganalisis meramalkan bahawa PRK Port Dickson ini mungkin menarik minat rakyat kerana figura-figura yang mencalonkan diri masing-mas...6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...6 years ago
-
Kebarangkalian Apa Akan Terjadi Kepada Sarawak Jika Dikuasai PH - PERSOALAN yang sering bermain di fikiran Sarawakian apa mungkin terjadi kepada Sarawak jika ianya dikuasai oleh PH? Kepada penyokong tegar PH Sarawak me...6 years ago
-
Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera. - *KETIKA* perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi...6 years ago
-
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14 - *14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14* *1. Ekonomi Keperluan Rakyat* 》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...6 years ago
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN - *Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN😉* Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kepada rakyat Malaysia k...6 years ago
-
BUAT MALU NEGERI MELAKA:RAFIQ MAMAK KENCING MEDIA!!! - BERITA RAFIQ KENCING MEDIA >>>DI SINI<<< BUDAK RAFIQ NI AKHIRNYA "TUMBUH TELUR" BILA UMUM KELUAR UMNO PETANG TADI. SEPERTI YANG DIJANGKA, DIA AKAN GUNA MED...8 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...8 years ago
-
KERAJAAN HARI INI, KERAJAAN PEJUANG MAYA??? - Melihat situasi hari ini, rata-rata rakyat mula gusar dengan perkembangan pentadbiran negara ini. Pertelanggahan antara kita terlalu kuat berlaku hingg...8 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...9 years ago
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!! - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa oran...10 years ago
-
Tak payahlah kita rasa malu.. Sesetengah kawasan di Penang tak kibar pun JALUR GEMILANG - Sungguh memalukan ! Pulau Pinang di bawah kerajaan Lim Guan Eng dan DAP menghalalkan pesta tak bermoral di negeri ini? Inilah yang hangat diperkat...10 years ago
-
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR. - FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pa...10 years ago
-
Selepas Khalid Samad, Mujahid Pula Nak Jadi “Hero Kristian” Di Selangor? - [image: bishop2] Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurta...10 years ago
-
Pas Sambut ketibaan TPM di SG.LIMAU tuntut Mohon Maaf. - Pemuda Pas Negeri Kedah akan menghantar satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuat permohonan maaf kepada...11 years ago
-
Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ - [image: AZMY KELANA JAYA] Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa...11 years ago
-
MASIH MAHU BERDIAM??? - Apa semua ini? Ia berlaku di Singapura. Brader mendesak kerajaan Malaysia bertegas di dalam hal ini kerana ternyata ia telah mencemarkan imej Malaysia da...11 years ago
-
BUKTI DAP HALANG BINA MASJID DAN BERANI KATA AZAN GANGGU MEREKA CINA DAP KAFIR HARBI LAKNATULLAH DAH NAIK TOCANG - Video ini ditujukan kepada semua orang ISLAM yang mengucap syahadah dan berpegang kepada ISLAM adalah agama rasmi negara kita MALAYSIA khususnya kepada pen...11 years ago
-
Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus - Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihanc...12 years ago
-
-
Popular Posts
-
PENGALAMAN DIGODA 2 ADIK IPAR PEREMPUAN (KISAH BENAR) | SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa me...
-
Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi bapak ayam bernama Jai di 014 811 9203 Kaunter pembayaran beras...
-
Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Mal...
-
Macam macam sungguh dalam kehidupan dalam dunia serba canggih ini, ada juga yang berani menghantar dan membuat posting memaparkan selapu...
-
Bajet model la bekas awek aku sorang nie..hahaha..Lagi gambar-gambar Nora Danish di bawah selepas ini. Rugi nye Jejai tingga...
-
Gambar seksi Nora Danish pakai baju tidur didalam rumahnya. Rasanya, ni kali pertama gambar Nora Danish diambil dengan memakai baju tidur...
-
Aku pun tak tahu apa yang TV 3 sayang sangat ngan anak Acheh yang anti kerajaan itu menjadi pengacara MHI. ramai yang dah mel...
-
The Ops Cantas Khas Trafik crackdown has already begun going ‘door to door’ to round up habitual traffic offenders in #IPOH . #Malay...
-
Lazimnya gambar dipaparkan oleh akhbar disunting mengikut kesesuaian pembaca. Begitu juga visual disiarkan di televisyen. Bagi wartawa...
-
Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang mem...
No comments:
Post a Comment