Saturday, February 9, 2013

Mujur adik bongsu aku selamat dalam kebakaran kereta ini.


Tiga beranak terselamat selepas sempat keluar dari kereta mereka yang terbakar tiba-tiba di Jalan Sungai Ujong, berhampiran Muzium Negeri di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Mohammad Iqbal Md Salleh dan isterinya, Nurul Hadida Abu Bakar, 31, dan anak mereka Nuha Aliesya, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohammad Iqbal berkata, dia terhidu bau asap sebelum kejadian itu, namun mengabaikannya kerana menyangka ia datang dari stesen minyak berhampiran.
“Bagaimanapun, kesesakan teruk menyebabkan saya mematikan enjin sebentar disebabkan penghawa dingin rosak.

“Apabila saya menghidupkan semula enjin, terdapat percikan api di bahagian bonet depan kereta sebelum bahagian itu mula terbakar dengan pantas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Kamarulzami Harith, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah enjin kereta dan pihaknya masih menyiasat lanjut.
lihat sumber berita klik sini

Kebetulan aku berada di Seremban semalam menalankan tugas , tiba tiba aku mendapat panggilan dari adik bongsu aku mengatakan bahawa kereta adik permpuan aku dengan suaminya terbakar. Aku bergegas ke lokasi dan sebaik aku tiba saja api telah pun dipadamkan oleh angota Bomba , Sykur Alham dulillah kerana tidak ada apa  paa yang berlaku kepada adik aku dan seumi serta anaknya.

IF YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts