Monday, February 25, 2013

Anwar tuduh UMNO Lagi dan jelas Anwar semakin terdesak

Amatlah tak mustahil, apa sahaja perkara pelik yang terjadi bila mendekati PRU semuanya diatur oleh agen antarabangsa yang memihak Anwar. Semua tahu Anwar dibiaya oleh badan Yahudi USA yang bercita2 untuk menguasai sepenuhnya Asia Tenggara terutama negara majoriti Islam.
Anwar ejen Yahudi. Sah dan nyata. Tiada keraguan. Sebab itu dia tak lagi peduli apa akan jadi kepada Melayu.

Orang PAS yang duduk bawah ketiak Mat Sabu saja yang terhangguk2 bila dengar Anwar berucap. Yang lain dah mula rasa loya dan tercium bau hapak. Ada yang malu sendiri bila tersedar mereka selama ini ditipu. Terlibat khianati pemimpin mereka dengan memenangkan parasit. Hmmm kesian pun ada.

Kisah di Sabah... memang sengaja diatur. Boleh ke Anwar kata itu semua kerja UMNO? Kejadah apa UMNO buat itu semua? Bila digasak dengan soalan bertubi2, kelamkabut larikan diri (no komen hehe).

"Reuters - pada 14 Febuari lalu melaporkan seorang Pegawai Tentera sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak Pembangkang bagi membincangkan mengenai isu tanah. Kumpulan yang dianggoti daripada 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan."

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters. Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya, katanya kepada pemberita, Bila diminta komen, beliau enggan membuat komen.


Macam mana nak komen, semua yang keluar dari mulut dia semuanya "AUTA". Pasal tu lah juak PAS sayang sangat kat dia.
Apa yang berlaku memang kerja gila. Tak masuk akal langsung. Mereka tahu Malaysia tak bunuh mereka sebab USA ada di belakang mereka. USA aturkan berbagai jalan untuk menggugat kerajaan Najib. Perisik negara telah tahu semua itu, sebab itu kerajaan bertindak penuh hati2 supaya tidak masuk jerat yang dipasang.

Tentera Sultan Sulu sebenarnya auta, mereka adalah askar upahan agen subersif anjuran USA. Sulu adalah wilayah (*bukan negara atau negeri) mempunyai banyak sultan. Sultan tanpa rakyat. Berpuluh sultan bernama Kiram, ditunjangi Amerika dan kerajaan Fipino. Pembunuh rakyat mereka sendiri (Tausug). Mereka berselindung di sebalik USA. Bacalah sejarah mereka. Mereka masuk Sabah tentu atas arahan tuan mereka USA .. seperti biasa umpanya.. dengan janji akan diangkat sebagai sultan satu hari nanti.

Muncul pula berita terkini, pejuang Selatan Thai dan bekas Komunis Melayu akan dilibatkan pula.

SELEPAS BERJAYA MASUKKAN TENTERA SULU DI LAHAD DATU, ANWAR CUBA BAWA MASUK PEMBERONTAK THAILAND KE KELANTAN UNTUK KEKALKAN PENGUASAAN PAKATAN!!!

PAS Kelantan menerusi mulut Pesuruhjayanya, Nik Aziz dah keluarkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan menghalau orang-orang luar dari bertanding di negeri itu. Lebih tepat lagi, PAS sendiri akan membanyakkan calon mereka sendiri dan tidak akan menyerahkan kerusi selamat kepada PKR.

Pada 26 Februari nanti, Anwar akan turun ke tiga kawasan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang untuk menampal semula kebocoran. (benar ke tak, nanti kita tengok)

Anwar dan PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Moral mereka telah jatuh teruk. Ke mana-mana sahaja Anwar pergi, sambutan untuknya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan lebih ramai pula yang mengeji dan melahirkan tentangan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim dan para penceramah PKR.

Dek kerana itulah, Anwar datang ke Kelantan selepas berjaya mendaratkan 'Tentera-Tentera Sulu' ke bumi Sabah.

Adakah Anwar akan membawa pemberontak Selatan Thailand yang diketahui mempunyai 'hubungan baik' dengan Kerajaan Malaysia ke Kelantan pula terutama di Pasir Puteh, Machang dan Bachok yang sedang bergoncang hebat?

Sebabnya sangat mudah, apabila membabitkan Anwar Ibrahim apatah lagi dia sedang terdesak, maka elemen sabotaj, simpati dan drama akan menyusul. Duit masih banyak ditabur Soros, nak takut apa!

-----------------------------------------------

CATATAN: Saya buat posting ni semata-mata untuk saya pautkan di Facebook saya. Terdapat perkataan di dalam posting kali ini yang agak kesat kerana saya sebagai orang Sabah memang terasa sangat tension dengan perkara ini. So readers discretion is advised.

Tapi perkara ini juga telah diperbincangkan dengan beberapa teman di dalam the Watchers Group termasuklah seorang yang kini bertugas sebagai pegawai tinggi konsulat bagi negara dot dot dot. Memang sungguh memalukan apabila mendengar sahabat uamh bertugas sebagai pegawai konsulat di sebuah konsulat berkata sebegini dengan nada sinis

"Kenapa ya kumpulan teroris bersenjata bisa lolos masuk ke Malaysia? Malahan mau dibawa berunding lagi? Loh dulu masa zaman konfrontasi antara negara kita komando kami yang masuk ke Malaysia malah terus ditembak tanpa salam. Yang ini pula dari pilipin malahan mau dipujuk-pujuk lagi katanya. Huh.. kalau di negara kami kalau ada yang mendekat ke perbatasan kami membawa senjata tanpa ijin, pasti akan TNI hapuskan begitu aja.."

So sekarang ni mungkin negara kita menjadi ejekan tentera Indonesia dan Singapura la kot? Patutlah ramai tentera melayu Malaysia yang berkampung di Lahad Datu sekarang ni tension semacam jak kat Hisyamuddin.



Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang adalah mungkin dirancang dengan rapi bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia untuk mencapai hasrat berikut:-

1. Ancaman keselamatan di Sabah sengaja dilaksanakan pada waktu ini telah menyebabkan peralihan kekuatan Tentera dan Unit Perisikan agar bertumpu ke Sabah sebelum PRU-13. Ini boleh menyebabkan kawalan keselamatan di kawasan sensitif di Semenanjung menjadi longgar.

2. Pada tahun 2012 saya juga pernah menulis di dalam artikel PROBABLY JUST MY IMAGINATION RUNNING WILD mengenai khabar angin mengenai 'coup d etat' yang dirancang oleh sesetengah pihak didalam pasukan Tentera Melayu Diraja sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Ini hanya khabar angin yang pernah menyebabkan Mahfuz Omar pernah meroyan menuduh perkara yang sama. Namun insiden terkini menyebabkan saya terfikir samada pencerobohan dan seterusnya perang gerila oleh tentera Suluk ke atas Sabah ini sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian Tentera Melayu dan seterusnya membantutkan perancangan rampasan kuasa tersebut.

2. Pada pendapat saya, Operasi suku kaum Tausug ini adalah direncana untuk gagal semenjak awal lagi manakala ratusan wanita dan kanak-kanak yang dibawa adalah untuk menjadi tumbal korban jika berlaku pertempuran. Jika ini berlaku maka akan bangkitlah rasa benci orang Islam di Malaysia kepada perjuangan Bangsamoro dan memberi alasan kepada barat untuk mengecam Kerajaan Malaysia. Oleh itu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya maka Perdana Menteri Malaysia yang baru dengan mudah akan dapat sokongan parlimen dan rakyat untuk memberhentikan kesemua bantuan kemanusiaan, senjata dan dana pembangunan kepada wilayah bangsamoro atas alasan kaum Tausug suluk adalah bangsa yang tidak mengenang budi.

3. Ini juga memberi alasan kepada Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim untuk berkempen menghentikan kesemua kerjasama dan bantuan kepada kumpulan pejuang-pejuang lain di Asia iaitu PULO di Selatan Thailand dan Pejuang Palestin atas alasan yang sama. Oleh itu secara dasarnya, Kerajaan sekular yang baru akan mempergunakan sentimen kebencian rakyat Malaysia kepada suku kaum Tausug untuk menyahut seruan Amerika Syarikat untuk menghentikan bantuan kepada semua kumpulan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat yang mana HAMAS, PULO dan pejuang Bangsamoro adalah turut tersenarai.

4. Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim juga boleh mempergunakan hasil insiden ini untuk mengecam Tentera Malaysia dan memecat Jeneral Melayu yang kini sedang berkhidmat. Jika ini berlaku maka dominasi orang Islam melayu di dalam Tentera Malaysia boleh dihapuskan.

5. Perdana Menteri yang baru juga boleh mempergunakan insiden ini untuk menguasai undi di Sabah. Kini sebelum pilihanraya rudah ramai kaum suluk yang menetap di Malaysia menunjukkan kebencian kepada Kerajaan atas insiden ini. Kempen di Facebook oleh pihak tertentu berbangsa suluk sedang marak di internet. Namun boleh sahaja sebaik memenangi pilihanraya Anwar Ibrahim akan memindahkan kesalahan serta menggunakan suratkhabar untuk membangkitkan sentimen anti-Suluk dan anti-kaum imigran dikalangan suku kaum lain. Kesemua orang suluk di Sabah mungkin dicop sebagai anasir mengancam keselamatan negara dan diburu. Ini juga akan membawa kepada operasi besar-besaran menangkap dan menghalau kesemua kaum imigran lain ke negara asal termasuklah imigran berasal dari Indonesia. Ini sudah berlaku semasa isu serangan golongan pro-Nazi dan skinhead kepada kaum imigran di Eropah. Selepas PRU13 ia boleh juga berlaku di Sabah dan Semenanjung.

P/S: September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah.

6. Kita juga mungkin sedang melihat kepada insiden yang memberikan alasan kepada Anwar Ibrahim untuk mewujudkan semula undang-undang yang sama seperti Patriot Act di Amerika Syarikat. Sebelum pilihanraya mereka sibuk menyalak menuntut ISA dimansuhkan tetapi selepas pilihanraya mereka boleh mewujudkan undang-undang 'anti-keganasan' yang lebih authoritarian. Lihat saja apa berlaku keatas insiden 'racial profiling' ke atas kesemua orang Islam keturunan arab di Amerika Syarikat selepas insiden 9/11. Dianggarkan 434 ribu bangsa arab ditahan dan disiasat selepas insiden tersebut. Saya rasa di zaman pemerintahan Anwar Ibrahim 'racial profiling' juga akan dilakukan ke atas kesemua keturunan filipina dan indonesia di Malaysia.

Saya merayu kepada Perdana Menteri agar mendengar nasihat daripada Jeneral-Jeneral di dalam Tentera Melayu Diraja dan bukannya mendengar nasihat daripada Hishamuddin. Berikanlah lebih kepercayaan kepada Jeneral Tentera kita yang mempunyai pengetahuan luas mengenai ancaman daripada luar ini. Sekiranya dinasihatkan bahawa perlu serangan bersenjata dilakukan sekarang ke atas kumpulan militan pengganas di Lahad Datu itu, maka nasihat tersebut sebaiknya diterima.


(P/S: Sebagai orang Sabah saya memahami profil sikap kaum ini di Sabah terutama yang baru datang dari Filipina. Mungkin patut Kerajaan offer bounty RM10 juta kepada sesiapa yang dapat menangkap (atau memenggal) ketua pengganas yang mengaku waris Sultan Sulu di Lahad Datu itu sekarang. RM10 juta adalah lebih dari mencukupi untuk menyebabkan dikalangan kumpulan militan itu mengacu senjata sesama sendiri untuk mendapatkan wang tersebut. Ini kerana mereka bukan pejuang kebebasan. Mereka cuma join sebab mereka sangka Kerajaan Malaysia akan sanggup bayar wang tebusan sekiranya mereka bersedia balik ke Filipina)

 Ini pula sy baca dari akhbar Flipina Baca Ini
 
Sy terima email ini dari seorang pembaca TB2.blogspot.com

3 comments:

  1. Bila dh tersepit,cari lh sape2 yg boleh di jadi kn SCAPEGOAT.PATI yg di berikan KP,Madey menyalah kn Anwar!Kemasukan puak Tausug,dr Sulu pun di kait kn dgn Anwar!Dey macha,sape yg berkuasa dn siapa yg nk mempertahan kn kuasa.Yg belum berkuasa nk mempertahan kn kuasa apa?UMNO/BN yg cari masaalah apabila memberi KP dgn secara mudah kpd PATI,biar lh mereka yg selesai kn masaalah itu.Knp pula beban itu nk di letak kn atas bahu org lain.Pakai akal sikit le!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tepak Bersulam. Mohon dipautkan blog saya, megat panjialam ke blog Tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. x abih2 gado. x abih2 dengan ketuanan melayu..ilex bro, kita 1 malaysia...malay "are" not so good..same2 kita hidup aman dalam malaysia, dalam quran x sebut melayu yg plg baik..

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts