Tuesday, February 19, 2013

Masya Allah.... Pemimpin PAS Semuanya BODOH Macam Lembu

Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS.

"Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen.

Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.

Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.

Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.

Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau.

Apa yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.

Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.

Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah.

Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"

Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru..?

1 comment:

  1. Tunggu apa lagi ??? Jom keluarrrrr ramai2 dari Pas...Selamat tinggal Pas...bye bye PR !


    < Ex Pas Pmtg Pauh>

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts