Tuesday, February 12, 2013

Jangan biar ejen catur kerjaya

Bola sepak adalah satu industri besar. Sebab itu ramai yang mahu mengaut keuntungan.

Sekadar buat renungan. Beza gambar-gambar di bawah.


Mario Balotelli secara rasmi menyertai AC Milan, bergambar dengan CEO Milan, Adriano Galliani

Florentino Perez (kiri) menyaksikan legenda Real Madrid, Alfredo di Stefano menyerahkan jersi nombor 5 kepada Zinedine Zidane pada 2001

Nazmi Faiz Mansor diapit Marco Guimaraes


Nazmi sentiasa ditemani Marco Guimaraes Di sebalik kontroversi kepulangan Nazmi Faiz Mansor dari Beira-Mar di Portugal, aku berasa pelik kenapa ejennya Marco Guimaraes yang berpangkalan di Singapura suka benar menonjolkan dirinya. 

Tengok semula gambar-gambar di atas. Anda tahu ejen Balotelli? Siapa pula ejen Zidane? Kita harus tahu perbezaan ejen dan pengurus.

 Ejen bertindak selaku orang tengah dalam hal rundingan kontrak, perpindahan dan hal berkaitan kebajikan pemain dengan kelab. 

Pengurus peribadi mengurus aktiviti selain daripada bola sepak dan mengatur jadual pemain. Seorang ejen boleh menjadi pengurus peribadi tetapi pengurus tidak boleh menjadi ejen melainkan dia memiliki lesen bertauliah FIFA selepas memenuhi beberapa syarat, termasuk lulus peperiksaan (20 soalan), ada jaminan kewangan dalam bank Switzerland berjumlah 100,000 francs dan perlindungan insurans.

 Di Malaysia, ada lima ejen yang berdaftar di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mereka ialah Miroslav Bozik, Effendi Jagan Abdullah, Issa Diabate, Roland Klein dan Edwin Varo.

 Ejen Muhammad Ghadar pula ialah Mohamad Mroweh, yang berdaftar di bawah nama Lebanon. Di Singapura, ada lapan ejen berdaftar termasuk Guimaraes dari Football Management International.

 Di Thailand ada tujuh, Indonesia (lapan), Kemboja (dua), manakala Vietnam dan Filipina masing-masing ada seorang ejen bertauliah - sekadar membuat perbandingan. Ejen pula terbahagi kepada dua - ejen perlawanan dan ejen pemain.

 Ramai yang ada kedua-dua lesen, jadi mereka boleh membawa pasukan menyertai satu-satu kejohanan jemputan dan pada masa yang sama mewakili pemain individu. Latihan pusat di luar negara misalnya boleh diatur ejen perlawanan seperti yang berlaku apabila Harimau Muda ke Slovakia atau Harimau Malaya berkelana ke Turki

. Ejennya ialah Bozik, bekas pemain tengah Negeri Sembilan yang juga satu-satunya ejen pemain dan perlawanan di Malaysia. Zidane dulu diwakili ejennya Alain Migliaccio yang ada sekelompok nama besar di bawah naungannya, termasuk Franck Ribery, Samir Nasri, Jeremy Menez dan satu ketika dulu mengurus Eric Cantona.

 Namun Migliaccio bercakap dan menonjolkan diri apabila perlu. Misalnya selepas Zidane menanduk dada Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006, atau bermain psikologi dengan Arsenal ketika Nasri mahu berhijrah ke Manchester City. 

Contoh terbaik seorang pengurus di Malaysia ialah Zakaria Ab Rahim yang mengurus kerjaya Safee Sali.Keluarga Nazmi harus berwaspada dan bijak mengurus kerjaya dan masa depan Nazmi. Biarkan ejen bertindak di sebalik tabir.

 Ejen tidak digalakkan membuat kenyataan akhbar atau bercakap bagi pihak pemain dalam sidang akhbar. Nazmi dan keluarganya tidak boleh membiarkan ejen mencatur gerak, kelak papan catur kerjaya Nazmi musnah terlalu awal. Nota: Ejen untuk orang, agen untuk sains. sumber 

 F YOU SUPPORT ME be my honarable  guest Klik Here and klik the button like.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts