Perang
saraf antara BN Pulau Pinang dan kerajaan DAP negeri itu masuk fasa
baru hari ini selepas jemputan supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng datang
ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 11 Febuari nanti dan duduk
sebelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain Guan Eng, turut dijemput semua ADUN dan Ahli Parlimen Pulau
Pinang. Sekarang ramai yang tunggu nak tanya, "Apa macam Guan Eng....
berani ke?"
Kisahnya bermula apabila media menghebahkan berita kehadiran penyanyi
antarabangsa PSY ke majlis Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang, yang
menyebabkan ramai pemimpin pembangkang pembangkang iri hati.
Tetapi Guan Eng berlagak baik, dia dengan nada menyindir minta orang
ramai pergi sebab makan minum dan hiburan percuma selain pakai baju
Bersih tanda bantahan.
Ramai yang anggap, Guan Eng sebenarnya 'panik' apabila tahu PSY
datang atas undangan BN. Ini kerana penyanyi K-Pop Korea memang diminati
oleh generasi muda terutamanya masyarakat Cina.
DAP sendiri 'ciplak' lagu “Oppa Gangnam Style” nyanyian PSY untuk
buat video klip burukkan pemimpin negara semasa Kongres Nasional parti
itu Disember lalu.
Kini 'pisau dah tikam tuan' jadi mahu tak mahu terpaksalah Guan Eng buat cerita suruh orang ramai pergi pakai baju Bersih.
Kalau nak ikut logik, saranan itu macam hendak cari gaduh, BN buat
majlis, PR suruh datang pakai baju Bersih untuk buat kacau. Itu yang
disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai kerja bodoh.
Muhyiddin berkata demikian ketika jawab soalan dalam sidang media di Pulau Pinang Selasa lalu.
Semalam, Guan Eng cuba menarik simpati dengan dakwa kata-kata bodoh itu tidak sopan terhadap beliau.
Hari ini, BN Pulau Pinang buat kejutan lagi apabila umum jemputan terbuka untuk Guan Eng datang ke majlis BN Pulau Pinang.
Menurut
Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata jika Guan Eng menerima
pelawaan itu, beliau akan duduk sebelah PM, sesuai dengan kedudukannya
sebagai pemimpin Pulau Pinang.
“Kami menyediakan tempat duduk
sebelah PM, jadi beliau (Guan Eng) adalah tetamu kehormat yang amat
penting atau VVIP,” kata Tong Keong.
Jemputan kepada Guan Eng
dibuat sehari selepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak
menghadiri program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang
dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor
Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang.
Walaupun
segelintir pemimpin PAS tidak senang dengan tindakan Azizan ‘mesra’
dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu, pemimpin
veteran itu berkata isu tidak perlu dipolitikkan.
“Itu
pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong
perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.
Majlis
Sambutan Tahun Baru Cina BN akan berlangsung di padang Sekolah Han
Chiang, Pulau Pinang yang sering disebut sebagai tapak kebangkitan DAP
yang menyaksikan parti itu bersama PKR menubuhkan kerajaan negeri baru
pada tahun 2008.
Selain Guan Eng, semua ADUN dan Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat juga dijemput hadir. Kira-kira 80,000 dijangka membanjiri
majlis itu.
Guan Eng sebelum ini membidas kehadiran Psy sebagai cubaan BN untuk memancing undi golongan muda.
Beliau
menggesa orang ramai hadir pada majlis itu berpakaian merah, hijau dan
kuning bagi menunjukkan sokongan terhadap pembangkang.
Tong
Keong menjelaskan kos untuk membawa masuk penyanyi sensasi Korea itu
ditanggung oleh sebuah syarikat swasta dan membidas Guan Eng kerana
beranggapan undi generasi muda boleh dibeli menerusi konsert dan
hiburan.- AGENDADAILY.COM
IF YOU SUPPORT ME
be my honarable guest Klik Here and klik the button like.
No comments:
Post a Comment