AKU BANYAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN CINTA ANAK SAHABAT KU INI ND LALA ATAU AKU HANYA PANGGIL ANDY SAHABAT KU SEWAKTU ZAMAN BUJANGNYA ANDY LALA DAN KETIKA ITU DIA SEDANG TOP DENGAN DRAMA DRAMA DI RTM DAN TV3.
BELUM KAHWIN LAGI SUDAH KURANG AJAR, APATAH LAGI BILA DAH KAHWIN NANTI LAGI LAH DISEKATNYA ANAK KAMU DARI BALIK RUMAH KAMU. JODOH DO TANGAN TUHAN BANYAK LAGI LELKAI YANG MAHU KAN SHILA TU.......... BACA LAPORAN SEBUAH LAMAN WEB :
KUALA
LUMPUR – Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah menegaskan yang
beliau hanya mahu anaknya dan pelakon Sharnaaz Ahmad menjaga dua perkara
penting bila menjalinkan hubungan percintaan iaitu agama dan adat.
Menurut ND Lala, sebagai bapa, beliau bertanggungjawab kepada anak perempuannya itu selagi Shila belum diijabkabulkan.
”
Saya akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti akhirnya…sebab itu
daripada awal lagi lagi saya menegaskan bahawa dua perkara itu perlu
dipegang, bukan ‘berang’ seperti yang dilaporkan atau dianggap ramai
pihak bila bercakap mengenai hubungan Shila-Sharnaaz ini.
”
Terus terang, saya tidak selesa bila asyik diminta oleh banyak pihak
terutama media untuk mengenai kisah mereka kerana bagi saya masa depan
dan karier Shila yang perlu difokuskan kerana dia berjaya mengharumkan
nama negara, terlalu banyak peluang yang ada di depannya baik di dalam
negara mahu pun di peringkat antarabangsa dalam bidang seni suara ini.
”
Sepatutnya itu yang kita kena fokuskan, malangnya kisah ini pula yang
diberi perhatian…tetapi saya faham, pihak media pun banyak memainkan
peranan di sebalik kejayaan Sila, nantilah saya akan beri penjelasan tak
lama lagi, buat masa ini biarlah saya kumpulkan dulu semua pertanyaan
yang mereka (media) nak, tiba masanya saya akan beri jawapan pada
persoalan itu,” kata ND Lala.
Baru-baru
ini Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur
sikap Sharnaaz yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan
kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi
laporan tersebut, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51,
menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan
isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya
mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini
sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.
Dalam kenyataan balasnya, Shahnaaz mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala.
”
Macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya
harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita. Banyak orang pun kenal
siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media
untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan
secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
“Dalam
hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang
memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure
itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
“Saya
rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan
dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin
pun dengan dia, bukan dengan bapa dia,” kata Sharnaaz kepada
Murai.com.my.
Perkara
tersebut mendapat reaksi ramai pihak termasuk pendakwah terkenal, Tuan
Asmawi Tuan Umar yang mengingatkan Sharnaaz agar ‘jangan menebang pokok
sekiranya hendak memetik bunga’
Sementara
itu ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai hubungan Shila dan
Sharnaaz, ND Lala berkata beliau sendiri tidak tahu apakah kesudahan
kisah mereka berdua kerana dia tidak boleh meramalkan apa yang akan
berlaku di masa hadapan.
Mengenai tuduhan Sharnaaz yang beliau sering mengelakkan diri untuk bertemu pelakon itu, ND Lala cuma menjawab ringkas;
”
Kalau ada SMS, emel, panggilan masuk, panggilan keluar dan apa saja…ia
sudah tentu ada ‘rekod’ dalam telefon bimbit saya. Jadi mana-mana pihak
boleh berkata apa saja dan saya juga boleh menjawab kalau terus ditanya
mengenai ‘perkara’ itu”.
Belum berkahwin dah kurang ajar, nampaknya dah berkahwin sepak terajang, tangan naik lah jadinya. Budak yg kurang ajar mana bole di ajar, perangai macam budak2, tak tahu adat resam, tak tahu menghormati orang tua, nak dijadikan menantu, hantu. Abislah anak dara, Tidak adakah ND Lala hendak mencari menantu yg lebih baik. Harap Shila forget it lah dgn Mat Hingusan ni. No Standard and not a gentlemen, menunjokkan mentaliti yg low class.
ReplyDeletewah.. betol punye marah
ReplyDelete