Saturday, February 16, 2013

LAWAK TERKELAKAR SALAHUDDIN AYUB @ DIN PUDURAYA

Jadi MB bukan cita-cita saya, kata Salahuddin
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
16 Februari 2013
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Jawatan Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu bukan perkara utama yang mendorong Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Walaupun namanya disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri besar jika Pakatan Rakyat menang di Johor, Salahuddin berkata, beliau ada agenda lebih besar di atas kepulangannya itu. 
"Cerita untuk jadi menteri besar ini biarlah kita cerita nanti selepas PRU akan datang.
"Itu bukan matlamat akhir cita-cita politik saya. Yang penting bagi saya, apabila saya diminta Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya Pas Johor pada hari ini, beliau telah memikirkan dan berbincang dengan saya untuk saya balik ke Johor bagi membantu melonjakkan lagi arus perubahan di Johor," ujarnya.
Mengakui tugas berat menanti beliau, namun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini yakin Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu punya peluang cerah untuk menawan Johor malah menjejakkan kaki ke Putrajaya selepas PRU13. 
"Memang kali ini Pakatan Rakyat ada peluang. 
"Sebab itu saya telah ambil keputusan untuk balik ke Johor, mengapa tidak kita sinergikan, kita gabungkan kekuatan yang ada, dibantu pula dengan dokongan kuat rakan-rakan DAP dan PKR, itu sebenarnya yang mendorong saya balik ke Johor, bukan atas faktor untuk menjadi menteri besar," katanya lagi dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online, semalam.
Ujarnya, zaman di mana Johor digelar sebagai negeri simpanan tetap Barisan Nasional sudah berlalu, malah kini sunami politik yang dahulunya berpusat di ibu negara sudah beralih ke selatan negara. 
"Di hadapan kita sekarang ini seolah-olah rakyat Johor ada dua pilihan. Dulu mereka tak ada, sukar untuk mereka membuat pilihan. Kalau dulu mereka tak nampak ada gabungan parti lain yang setanding atau pun sehebat Barisan Nasional. 
"Kini satu anjakan peralihan pemikiran politik rakyat Johor terhadap masa depan politik mereka," ujar beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dun daripada 56 kerusi yang ditawarkan.

PETIKAN SINARHARIAN

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts